Sinergi Ekosistem Taman Industri Serta Projek Air Perak-Pulau Pinang -Dewan Rakyat
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
76.7K subscribers
466 views
0

 Published On Jul 2, 2024

Pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan bahawa projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), dijangka mampu membekalkan unjuran keperluan 1,500 juta liter air sehari di utara Perak dan Pulau Pinang.

Sayugia, ini sekaligus dapat memenuhi keperluan bekalan air di kawasan Seberang Perai Selatan dan KIGIP, selain turut menyelesaikan masalah air di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Perak pada masa hadapan.

Saya turut maklumkan Ahli Dewan, bahawa unjuran keperluan daripada kajian menunjukkan keupayaan dari Sungai Perak mencecah hingga 1,500 juta liter sehari, itu memenuhi keperluan di Utara Perak dan seluruh Pulau Pinang.

Sayugia, selepas beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara hatta pelabur asing dan domestik dijangka akan berminat untuk melabur di KIGIP.

Saya singgung, lokasi projek perindustrian itu juga berdekatan dengan pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran tinggi, institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dan Pusat Latihan Giat MARA.

Ia sekaligus dapat memastikan bekalan graduan mahir bagi mengisi jawatan berkemahiran dan bernilai tinggi untuk KIGIP, selain memupuk dan memberi peluang kepada tenaga kerja tempatan mampan untuk terus berkembang maju.

==========

During the Prime Minister's Question Time session in the Dewan Rakyat today, I pointed out that the Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) in Perak is expected to be one of the areas in northern Malaysia to seed talent and innovation.

After being fully operational later, it will contribute greatly to the development of the national economy and foreign investors are expected to be interested in investing in KIGIP.

#MalaysiaMADANI

show more

Share/Embed