Membanggakan! Tahap penguasaan bahasa Melayu sekolah vernakular di Malaysia meningkat
Berita Semasa Berita Semasa
11.3K subscribers
4,238 views
0

 Published On Aug 14, 2022

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk doktor Mah Hang Soon berkata, masih terdapat ruang penambahbaikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan ke tahap yang lebih baik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan ke 39 pada Khamis.

Hang Soon berkata, selain pihak kementerian dan sekolah, masyarakat dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

Beliau berkata, interaksi menggunakan Bahasa Kebangsaan secara berterusan dapat memupuk budaya menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, sekali gus memperkasakan bahasa berkenaan.

Menurutnya, pemerkasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah vernakular juga mampu menjadi asas kukuh kepada pembentukan generasi yang bersatu padu, bertoleransi dan bekerjasama.

#bahasamelayu #sekolahvernakular #DatukDrMahHangSoon #pialaperpaduan #timbalanmenteripendidikan #memartabatkanbahasamelayu #sjkc #sjkt #bahasakebangsaan

show more

Share/Embed