Proton Holdings Bhd Terima Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Bagi Model Saga Dan Persona
JomBerita JomBerita
3.74K subscribers
83 views
0

 Published On Dec 17, 2016

Proton Holdings Bhd Terima Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Bagi Model Saga Dan Persona

Proton Holdings Bhd memenangi anugerah bagi model Saga dan Persona pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Institut Automotif Malaysia, COTY 2016.

Proton Saga memenangi anugerah kategori nilai untuk wang manakala Proton Persona, Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan berkata pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat itu untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Menerusi kaji selidik pasaran yang dikendalikan, Proton telah membuat penambahbaikan agar memenuhi keperluan umum segmen pasaran.

Saga generasi ketiga yang ditambah baik itu berharga antara 36 ribu 800 ringgit hingga 45 ribu 800 ringgit manakala Persona antara 46 ribu 800 ringgit hingga 59 ribu 800 ringgit.

show more

Share/Embed