Holiday Aji Tom (HAT) ⏤ Official Trailer
TSAR ASIA TV TSAR ASIA TV
1.29K subscribers
18,172 views
0

 Published On Aug 23, 2021

Telemovie 'Holiday Aji Tom'

Sinopsis:

Aji Tom adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai hubungan renggang dengan tiga orang anaknya iaitu Jamil, Safuan dan Sofia disebabkan perwatakannya yang terlalu garang dan tegas.

Namun, jauh di sudut hatinya, dia teringin untuk berkumpul sebagai keluarga bahagia semula seperti semasa isterinya masih hidup. Aji Tom mendapat idea untuk mengadakan sebuah percutian dengan harapan keluarganya akan menjadi lebih rapat dan saling menyayangi.

Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Percutian itu bertukar menjadi huru-hara apabila pelbagai insiden lucu tak diingini berlaku dan konflik yang dihadapi oleh setiap seorang anak-anak Aji Tom.

Jamil cuba untuk membuatkan Aji Tom suka dengan isterinya yang bukan lah menantu pilihan. Safuan pula asyik membodek Aji Tom supaya meminjamkan duit kepadanya untuk modal berniaga sementara Sofia sibuk dengan dunia "instafamous" dan cinta baharunya yang hanya membuatkan Aji Tom merasakan percutian itu adalah satu kegagalan.

Arahan Aidilfitri Mohamed Yunos

Dibintangi oleh
@syafiqkylez
@jalilhamid
@safwannazri
@syuhaida.abraz
@bungaisme
@tengkuzara_official

Click Subscribe & Follow Us: https://bit.ly/2LU6os7

Follow kami
» Facebook: https://bit.ly/2JMscDm
» Instagram: https://bit.ly/2XLzvFo
» Twitter: https://bit.ly/2xNUuHZ

show more

Share/Embed