SALIK - AshBkr, RADeen & Kabear [Demo]
Ashraf Bakar Ashraf Bakar
429 subscribers
8,138 views
398

 Published On Premiered Nov 20, 2020

SALIK - AshBkr, RADeen & Kabear [Official Lyric Video]

Artis : AshBkr, RADeen & Kabear
Lirik : AshBkr, RADeen & Kabear
Mixing & Mastering : the.koncept.lab

Lyrics :

[CHORUS]
Meredah hutan, jiwaku mencari Ya Tuhan,
Mencari cahaya lama yang aku tinggalkan,
Dia sembunyi dalam cahaya terang menerang,
Menuntun jiwa hambanya menjadi lebih tenang.

[VERSE ASHBKR]
Sekarang dah tak macam dulu dulu,
Dah kurang berhuhu, banyak selak buku,
Mencari apa ada dalam aku,
Lakar yang ku alami hadapan guru.

Udara sama, hati lain lain,
Kita bersedia bukan main main,
Bara api padam dari hati,
Hingga rasa rindu tari macam Rumi.

Ada lidah fasih tapi berhati lalai,
Ada ramai beri hukum tapi tengah mamai,
Santai ya, kurung diri dalam hutan,
Pergi beruzlah berbulan mencari Tuhan.

Penuh liku ku jumpa jalan penentu,
Banyaknya tu cabang akarnya Satu,
Amalnya Hu, tapi masih tak tahu,
Qalam ibnu Arabi buatku kaku.

Semakin hampir, semakin jauh,
Semakin buntu dalam berlabuh,
Bergetar naik turun nafas,
Dari guru ku hembuskan lafaz.

[CHORUS]
Meredah hutan, jiwaku mencari Ya Tuhan,
Mencari cahaya lama yang aku tinggalkan,
Dia sembunyi dalam cahaya terang menerang,
Menuntun jiwa hambanya menjadi lebih tenang.

[VERSE RADEEN]
Ku berjalan dalam dilemma,
Juang hidup ku bagai drama,
Pejuangan ini penuh panca roba,
Ujian hidup tak pernah menduga,

Rohani jiwa ku mula bergetar,
Roda ujian sentiasa berputar,
Diri terpilih untuk mencari sinar,
Walau diri tak bernilai sedinar,

Kaku kelu, ditongkat lidah,
Terbuka hati bermadah risalah,
Jiwa gusar kadang jatuh,
Moga diri tak mudah mengangkuh,

Yahhh!!
Capai catat kalam guru,
Dipandu nilai hidup berilmu,
Ada guru akan dipandu,
Walau diri sekecil batu,

Ayuh teguh hati dan jiwa,
Terangi jiwa suram nan kelam,
Kita mahu hidup selesa,
Perlukan cinta pentadbir alam,
Cukup sudah kata sengketa,
Nama kita bukan Al-Hakam,
Kita berkongsi nama Bangsa,
Jangan mudah kita berdendam.

[CHORUS]
Meredah hutan, jiwaku mencari Ya Tuhan,
Mencari cahaya lama yang aku tinggalkan,
Dia sembunyi dalam cahaya terang menerang,
Menuntun jiwa hambanya menjadi lebih tenang.

show more

Share/Embed