RETROSPEKTIF : MENYAHUT PANGGILAN TANAH SUCI (1975)
FINAS Malaysia FINAS Malaysia
58.8K subscribers
33,456 views
431

 Published On Premiered Jul 8, 2022

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2022, FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'MENYAHUT PANGGILAN TANAH SUCI' (1975) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) arahan Osman Haji Sahamsuddin dokumentari yang merakamkan DYMM SPB YDA ke – 5 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama DYMM SPB Raja Permaisuri Agung yang menyahut panggilan ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu Haji pada 17 Disember 1974 bersamaan 3 Zulhijjah 1394H. Sebelum berangkat, satu upacara ringkas telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sambil diiringi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan orang kenamaan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah DYMM SPB YDA dan Raja Permaisuri Agung telah disambut oleh DYMM Al-Malik Faisal dan pegawai-pegawai, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi serta pegawai-pegawai kedutaan Malaysia. DYMM Al-Malik Faisal telah memperkenankan DYMM SPB YDA dan tetamu-tetamu Agung baginda dari negara Islam yang lain untuk turut serta dalam upacara membasuh Kaabah. Turut dirakamkan adalah perlakuan syarat dan rukun Haji yang wajib dilaksanakan bagi menyempurnakan Rukun Islam ke - 5 ini. Tonton dokumentari istimewa ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 8 Julai 2022 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : MENYAHUT PANGGILAN TAN...  


Filem Kita, Citra Kita

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia

show more

Share/Embed