Bukit Melati Trek Hiking Nilai | Enam Bukit Untuk Buat Kardio
Ben M. Ses Ben M. Ses
322 subscribers
5,792 views
76

 Published On Jul 7, 2022

Selain pusat membeli belah terkenal Nilai 3, siapa tau di daerah Nilai ini kita juga boleh melakukan aktiviti hiking.

Dalam episod #healingwithnature kali ini aku hiking ke Bukit Melati. Terletak bersebelahan dengan kawasan kejiranan di Putra Nilai. Terdapat 6 bukit dengan puncak masing-masing yang boleh ditawan secara dayhike.

Laluan atau trails ke puncak di level moderate. Tak perlu tergesa-gesa dan buat pada kadar kemampuan masing-masing. Yang penting nikmati perjalanan dan pemandangan sekeliling.

Pada setiap weekend, di bahu jalan atau kaki Bukit Melati ada gerai-gerai penjaja yang kebanyakannya menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Kalau lapar selepas penat mendaki, bolehlah makan minum di sini tanpa perlu start enjin cari restoran.

Gunakan aplikasi Googlemaps, taip BUKIT MELATI

#bukitmelatitrekhikingnilai

show more

Share/Embed