5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
106,263 views
0

 Published On Jun 11, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Talkie Taxi
Bing dan Sula terjumpa ‘Talkie Taxi’-, iaitu kereta mainan yang boleh bercakap yang selama ini tersembunyi di tempat Amma. Mereka kemudian bermain dan melakukan semua yang diminta oleh "Talkie Taxi" sehinggalah mereka berasa marah kerana teksi tersebut tidak mahu mendengar cakap mereka. Mereka memandunya, membasuhnya malah turut membiarkan Hoppity dapat giliran untuk bermain juga. Tetapi apabila "Talkie Taxi" menemui kemalangan sehingga menyebabkan Hoppity terbang, Bing dan Sula tidak mahu lagi bermain dengan teksi itu. Dapatkah mereka mencari jalan untuk bergembira lagi dengan "Talkie Taxi"?

06:23 Bermalam
Bing dan Coco bermalam bersama harini! Mereka dah gosok gigi, pakai baju tidur tetapi apakah yang mereka perlukan seterusnya? Coco ingin bermain Permainan Selamat Malam dan Bing pula mahu buat ‘Voosh’ bersama; jadi…mereka perlu gabungkan perkara-perkara yang selalu mereka lakukan sebelum tidur! Tetapi apa pula perasaan Bing apabila Coco padamkan semua lampu dan tunjukkan kepadanya apa yang Amber, iaitu salah satu daripada Tikus Pari-Pari Pelangi boleh buat?

12:46 Hippoty Hoppity Voosh
Voooooosh! Bing dan Sula sedang terbangkan Hoppity dan Pari-Pari Hippo. Mereka terbangkan naik, naik, naik – tinggi lagi dan tinggi lagi! Apakah yang akan terjadi apabila Pari-Pari Hippo terbang terlalu tinggi sehingga tidak dapat turun?

19:09 Aiskrim
Hari ini agak panas jadi Bing serta Flop sedang cuba untuk mengejar Gilly bagi mendapatkan ais krim! Tetapi mereka asyik terlepasnya, dan harus melalui taman dan melintas jambatan sehingga akhirnya, Popsie mendengar mereka. Gilly kemudiannya berhenti dan Bing mendapatkan ais krim kon karot berkrim yang enak dan Flop pula memilih kebab buah-buahan dengan sos coklat. Sedap sangat! Tetapi apakah yang terjadi sewaktu Bing mengucapkan selamat tinggal kepada Gilly dan terjatuhkan ais krimnya ke tanah?

25:32 Voosh
Bing sedang terbang bersama Hoppity di sekeliling taman. Hoppity sangat pandai terbang dan dia boleh terbang setinggi tali ampaian. Tetapi apakah yang terjadi apabila Hoppity vuusshh terlalu tinggi sehingga dia hilang?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed