BOMBOLONI NUTELLA GEBU guna resepi donat kampung
cik dadida cik dadida
219K subscribers
362,015 views
8.8K

 Published On Apr 13, 2020

Hai assalamualaikum ok sebelum ni ada yang request untuk cik dadida buat bomboloni kan ok so harini aku share dengan hampa resepi bomboloni Yang simple guna resepi donat kampung ja walaupun simple tapi Insya'Allah gebu gebas bomboloni hampa

Resepi bomboloni viral ( bomboloni Italian doughnuts )

2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu gula
1 sudu susu pekat manis
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecil yis
1/2 cawan air kosong
Nutella untuk filling ( boleh guna COKLAT lain kalau takda )

1- campurkan 2 cawan tepung bersama dengan susu pekat, gula, garam dan marjerin gaul sehingga sebati
2- bila dah sebati masukkan 1 sudu kecil yis gaul sebati dan masukkan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati
3- uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan uli selama 10-15 minit
4- tutup doh dengan kain dan rehatkan doh selama 30 minit atau kembang sekali ganda
5- tumbuk doh Yang telah kembang untuk buang angin dan uli sekejap
6- bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bulatkan doh rehatkan sekejap sebelum Di goreng
7- goreng doh dengan api yang perlahan balikkan sekali sahaja sampai bomboloni masak
8- salutkan bomboloni dengan gula ketika Masih panas kemudian paipkan Nutella kedalam bomboloni yang telah dilubangkan dengan pisau

dah siap !!!

Follow sosial media cik dadida

Facebook page :   / cikdadida  

Instagram : https://instagram.com/cikdadida?igshi...

Terimakasih pada yang dah subscribe , follow dan like 😘

show more

Share/Embed