Bingka / Bengkang / Kuih Bakar Durian (sukatan cawan)
Buat Orang Lapo Buat Orang Lapo
760K subscribers
22,632 views
571

 Published On Aug 10, 2021

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya kongsikan salah satu resepi kuih yang sangat sedap iaitu kuih bingka durian ataupun kuih bakar durian. Tak kisah nak gunakan durian apa sekalipun. Kalau durian tu agak tawar, boleh lebihkan sikit gula. Kalau suka bingka yang betul-betul lembut, boleh tambah lagi sikit air lebih kurang 1/4 cawan untuk menjadikan adunan lebih cair. Susu cair boleh digantikan dengan santan. Kalau nak extra garing kat bahagian atas, boleh bakar api atas sahaja untuk 5 minit terakhir. Selamat mencuba ☺️

Bahan-Bahan
1 cawan Durian
¾ cawan Air
⅓ cawan Gula
2 biji Telur
1 sudu besar Mentega Cair
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Beras
½ cawan Santan Pekat
¾ cawan Susu Cair
Pewarna Makanan (Kuning)
¼ sudu kecil Garam
Bakar 180ºc selama 25-30 minit

[English]
Ingredients
1 cup Durian
¾ cup Water
⅓ cup Sugar
2 Eggs
1 tablespoon Melted Butter
1 cup Wheat Flour
1 tablespoon Rice Flour
½ cup Thick Coconut Milk
¾ cup Evaporated Milk
Food Coloring (Yellow)
¼ teaspoon Salt
Bake 180ºc for 25-30 minutes
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab

show more

Share/Embed