HAUL KE-58 SAYYID MUHAMMAD AL HASAN AL IDRISI, SYEIKH TAREKAT AHMADIAH MUHAMMADIAH DUNIA
Tarekat Idrisiah Tarekat Idrisiah
5.08K subscribers
1,117 views
30

 Published On Jun 22, 2023

HAUL KE-58 SAYYID MUHAMMAD AL HASAN AL IDRISI, SYEIKH TAREKAT AHMADIAH MUHAMMADIAH DUNIA

16 Jun, Rembau - Haul Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi Syeikh, Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Dunia telah disambut di Institut Imam Ahmad ibn Idris.

Majlis diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi Al Idrisi, Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Dunia, Dr. Sayyid Muhammad Al Mujaddidi Al Idrisi, Naib Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Dunia, Sayyid Ahmad ibn Idris Al Idrisi, Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi dan Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Majlis bermula setelah selesai Solat Maghrib berjemaah.

Majlis dimulai dengan bacaan Ratib Yasin, Pengkhataman Al Quran bagi Sohib Haul dan bacaan Qasidah Sobabtu Dumu'an yang dipimpin oleh Ustaz Md Farid bin Samad Al Hafiz diikuti bacaan doa oleh Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi Al Idrisi seterusnya tausiah oleh beliau.

Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi Al Idrisi memulakan tausiahnya dengan sirah ringkas mengenai ayahandanya, Sohib Haul, Sayyid Muhammad al Hasan al Idrisi yang telah mengabdikan seluruh hayatnya untuk Dakwah Islamiah.

Beliau kemudiannya menyatakan rasa syukur ke Hadrat Allah SWT kepada Dato' Haji Muhammad Fuad dan Ikhwan Ahmadiah atas Sambutan Haul yang dianjurkan dan menyatakan ganjaran-ganjaran yang diperoleh oleh Ikhwan Ahmadiah yang telah berhimpun dibawah nazarah Imam Ahmad ibn Idris RA bagi memperingati sirah daripada sirah-sirah zuriat keturunan Rasulullah SAW iaitu Sayyid Muhammad al Hasan al Idrisi RA. Beliau turut memohon agar Ikhwan Ahmadiah mendoakan negara Sudan dan rakyatnya yang sedang ditimpa fitnah.

Majlis setelah itu diteruskan dengan tausiah Dato'Haji Muhammad Fuad.

Beliau memulakan tausiahnya dengan menyatakan kepentingan mengambil i'tina' terhadap zuriat keturunan Imam Ahmad ibn Idris RA dan berusaha untuk mengenali mereka iaitu salah seorangnya, Sohib Haul, Sayyid Muhammad al Hasan al Idrisi RA.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa Sayyid Muhammad al Hasan al Idrisi RA adalah seorang Tokoh Ahmadiah yang telah bertungkus lumus menyebarkan Dakwah Islamiah khususnya tiga tiang utama Dakwah Nendanya Imam Ahmad ibn Idris RA iaitu:

1) Kembali berpegang kepada Kitab Allah SWT

2) Kembali berpegang kepada Sunnah Rasulillah SAW

3) Menolak fanatik mazhab sama ada mazhab berkaitan aqidah, mazhab berkaitan fiqh dan mazhab berkaitan masyrab ruhi.

Beliau menyatakan lagi bahawa tiga tiang dakwah ini terserlah pada penelitian terhadap pendirian Imam Ahmad ibn Idris RA yang tidak pernah menyandarkan nama tarekat, nama Aurad dan Ahzab kepada dirinya seperti Mahamid Thamaniah, Ahzab Khamsah dan Salawat Empat Belas. Apatah lagi mendakwa dirinya Wali, Qutub dan yang seumpanya. Hal ini demikian kerana dakwah beliau berteraskan ilmu pengetahuan dan usaha memperkasakan Umat Muhammadiah khususnya Abnak Ahmadiah dengan pemahaman terhadap al Quran dan al Sunnah serta pengamalannya.

Beliau turut menekankan bahawa Tarekat tersebar di dunia dengan periwayatan ilmu bukan dengan periwayatan karamah semata-mata sepertimana yang dilakukan oleh Nenda Sohib Haul, Imam Ahmad ibn Idris RA bagi Tarekat Ahmadiah Muhammadiah. Beliau menyeru agar Bi`ah Ilmiah khususnya dalam Tarekat Ahmadiah Muhammadiah sentiasa dihidupkan dan didarahdagingkan sebagai usaha menghidupkan dakwah Empunyanya Imam Ahmad ibn Idris RA.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dengan jamuan makan.

show more

Share/Embed