RESEPI PECEL LELE - IKAN KELI MASAK CEKUR BUAT ORANG RASA LAPAR!!
Mariyati Miskon Mariyati Miskon
736 subscribers
12,908 views
0

 Published On Nov 4, 2020

Pecel lele atau ikan keli masak cekur memang sinonim dengan orang jawa di Malaysia khasnya. Mengandungi buah cekur sebagai bahan utamanya memang mudah disediakan. Daunnya pula boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam. Ada yang mengatakan daun cekur boleh membuatkan badan berbau wangi. Jom kita semak resepinya, okey!

Bahan-bahan ;

4 ekor ikan keli sederhana besar
bawang merah
bawang putih
buah cekur @ kencur
cili padi
daun cekur
Santan
kunyit
garam
serbuk perasa
air

Cara-caranya ;
1) panggang ikan keli di atas non-stick pan (ikan keli lumur dengan garam dan serbuk kunyit)
2) tumbuk cili api, buah cekur @ kencur, bawang merah dan bawang hingga lumat.
3)panaskan api, masuk santan pekat. Boleh tambah air kalau pekat sangat.
4)dah mendidih, masukkan daun cekur @ kencur.
5) matikan api. Siap!

show more

Share/Embed