Surah Yasin Bacaan Merdu Serta Terjemahan Rumi
Qalamul Quran Qalamul Quran
11.1K subscribers
315 views
0

 Published On Sep 14, 2023

Surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya dalam kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Fadhilat Yasin

1.Dilindungi dari segala kejahatan
Maksud perkataan Kun Fa Ya Kun yang disebut oleh Allah adalah “Jadilah!”, maka jadilah sesuatu itu. Yasin boleh dijadikan ikhtiar dan perisai untuk menangkis perkara buruk.

2.Mendapat pahala melalui bacaan
Allah akan mengurniakan pahala berlipat kali ganda seolah-olah kita telah membaca al-Quran sebanyak 10 kali hanya dengan membaca surah Yasin.

3.Dosa diampunkan oleh Allah S.W.T.
surah Yasin juga dibaca untuk memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan di dunia dengan penuh pengharapan dan mencari keredhaan Allah. Surah Yasin sangat baik untuk dibaca setiap hari sambil menghayati maksudnya.

Jundub R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (HR Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)

#surahyasin
#almulk
#arrahman

show more

Share/Embed