LAGU KANAK-KANAK | BANGAU OH BANGAU
Lenny Nie Lenny Nie
4.96K subscribers
41 views
0

 Published On Jun 25, 2024

Lagu Bangau, oh Bangau merupakan salah satu lagu kanak-kanak yang tidak ketinggalan zaman. Buku ini diilustrasi dengan lukisan yang pasti menarik kanak-kanak. Semoga lagu ini terus dinikmati dan disukai oleh kanak-kanak.

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan, kenapa kau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat

Rumput oh rumput, kenapa kau panjang sangat?

Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau, kenapa kau tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan, perut aku sakit

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah

Nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah, kayu api basah

Kayu oh kayu, kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku

Hujan oh hujan, kenapa kau timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku

Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku

Ular oh ular, kenapa kau makan katak?

Macam mana aku tak makan, memang makanan aku

TAHU lagu di atas? Siapa tak kenal, lagu ‘Bangau Oh Bangau‘ memang popular didendang generasi kanak-kanak zaman dahulu. Ia senang diajar, muzik yang menghiburkan dan mudah diingati dengan menggunakan karakter haiwan yang menyeronokkan.

Lagu zaman dahulu juga bukan sekadar nyanyian semata-mata. Malah, ia mengandungi mesej dan nasihat tersirat. Seperti lagu ‘Bangau Oh Bangau’ ini, banyak mengandungi maksud tersirat dan teladan yang boleh diikuti.

Antaranya, tentang ekosistem dan kerja berpasukan. Lagu ini menggambarkan sebuah ekosistem yang lengkap di mana ia memerlukan pelbagai jenis spesies untuk melaksanakan tugas masing-masing bagi menjaga keseimbangan ekosistem tersebut.

Kemudian, tentang konsep ‘sebab dan akibat’. Lagu ini mengajar kita bahawa setiap perkara yang dilakukan bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, namun juga memberi kesan kepada pihak lain. Sebab itu kita harus berfikir dahulu apa akan terjadi kepada orang lain sebelum melakukan sesuatu.

Selain itu, memahami konsep finding the root cause atau mencari punca utama. Lagu ini mengajar untuk mencari punca sesuatu masalah yang timbul. Secara tidak langsung ia mengajar kanak-kanak dengan konsep kronologi dan sejarah.

Tanpa sedar, lagu ‘Bangau Oh Bangau’ sebenarnya banyak mengajar mengenai pemikiran logik dan urutan kejadian. Ia menyelitkan ‘logic thinking’ sesuatu perkara yang diselitkan dengan unsur nasihat.

Begitulah kebanyakan lagu-lagu rakyat dan kisah teladan turun temurun bangsa kita. Kebanyakan lagu kanak-kanak Melayu klasik  digarap dengan kisah menarik namun mengandungi mesej yang disampaikan secara berkias. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak.

Tetapi, sayang sekali lagu-lagu begini kian dilupakan. Cuba tanya anak-anak generasi sekarang, berapa ramai anak-anak kita hari ini yang kenal Sang Kancil dan Pak Pandir. Pernahkah mereka mendengar Lagu Tiga Kupang, Ikan Kekek Mak Ilui, Nenek Si Bongkok Tiga, Chan Mali Chan, Sepuluh Budak Hitam, Burung Kakak Tua dan sebagainya, mungkin ramai yang tidak tahu dan berasa asing mendengarnya.

Namun, jika didengarkan dengan lagu-lagu Barat, ramai sungguh yang menghafalnya siap berjoget sekali. Kasihan lagu-lagu klasik rakyat kita, terpinggir oleh bangsa sendiri.

#kids #kidsvideo #kidssong #kidslearning #song #music #fyp #fypシ゚viral #fy #fypage #fypyoutube #vlog #vlogs #vlogger #vlogging

show more

Share/Embed