Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP FSA2 I Syarat Dan Cara Mohon Pengeluaran Bersyarat Sehingga RM50000
Ali Gajet Ali Gajet
58.3K subscribers
5,358 views
35

 Published On Apr 17, 2023

Kerajaan telah memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau FSA2 untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan awal ini membolehkan anda mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila anda telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
Pada masa yang sama, anda perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Syarat-syarat permohonan Pengeluaran Bersyarat ini adalah seperti berikut iaitu

1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun dan tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan.
2. Warganegara Malaysia
3. Permohonan adalah sekali sahaja
4. Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
5. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP dan
6. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 serta tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

#fsa2 #fsa2kwsp

show more

Share/Embed