"Hidup Saya Hitam, Tak Sempurna!", Sahabat Berjaya AIM Kongsi Kisah Silam
AIM Media AIM Media
2.28K subscribers
69,353 views
1.4K

 Published On Aug 26, 2020

Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.

Dan setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Liku-liku kehidupan yang pernah dilalui oleh Puan Kamariah Md Yatim, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Cawangan Barat Laut Selangor ini suatu ketika dahulu sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata.

Namun, atas usaha yang tidak mengenal erti putus asa serta doa yang sentiasa dipanjatkan kepada yang Maha Esa, segala penat lelah, tangis dan derita wanita tabah ini akhirnya dibalas dengan sebuah kejayaan yang cukup indah.

Justeru, sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, kami sajikan anda dengan sebuah kisah Sahabat AIM yang telah ‘merdeka’ daripada kemiskinan.

show more

Share/Embed