Dokumentari "Mahathir" (2003) [VCD 1 dari 4]
qwertygun qwertygun
3.11K subscribers
180,975 views
2K

 Published On Jun 15, 2018

== Bahagian 1 ==
Menyelami zaman kanak-kanak "Chedet", bermula daripada saat kelahiran beliau, peristiwa-peristiwa yang membentuk ketokohan dan peribadi beliau. Suasana rumah di Jalan Kilang Ais di mana beliau menerima didikan dan asuhan ibubapa.

Zaman penuntut persekolahan menengah dan bermula kesedaran politik - pandangan rakan-rakan sebaya, kakak, sepupu dll. Pembentukan sifat 'membuat kerja sendiri', cepat berfikir dan mengambil keputusan - beliau lebih rela belajar berniaga daripada belajar di sekolah Jepun.

Mengasah bakat menulis ketika menjadi pengarang majalah sekolah. Pembabitan di dalam UMNO, menentang Malayan Union.


== Bahagian 2 ==

Pendidikan di Kolej King Edward 7 - pergaulan dengan rakan-rakan berlainan kaum, pengalaman belajar di Singapura. Menjadi pembimbing Siti Hasmah di dalam pelajaran dan akhirnya jatuh cinta.

Menghadapi kegagalan di tahun akhir. Bengun semula dan akhirnya berjaya menjadi doktor. Berkahwin, membuka klinik sendiri.

Membabitkan diri dalam politik melalui UMNO, bertanding di dalam pilihan raya umum 1964 dan menjadi wakil rakyat.


== Bahagian 3 ==

Pembabitan aktif didalam politik tanah air. Kelantangan beliau memperjuangkan hak orang Melayu menimbulkan pergeseran dengan Lee Kuan Yew.

Tewas pada pilihan raya 1969 dan menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman mengingatkan mengenai nasib bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri. Dipecat dari MT UMNO dan kemudiannya dibuang daripada UMNO.

Menulis The Malay Dilemma. Kemudian setelah Tun Razak menjadi PM, Dr. Mahathir diterima kembali. Selepas kematian TUn Razak, Tun Hussein melantiknya menjadi TPM.

show more

Share/Embed