Zaiton Sameon Menaruh Harapan
SinarPlus SinarPlus
7.12K subscribers
24,160 views
382

 Published On Premiered Mar 22, 2021

Zaiton Sameon selepas tragedi 31 tahun lalu…

Kemalangan ngeri yang berlaku pada tahun 1990 hampir meragut nyawa penyanyi Zaiton Sameon. Tiga bulan koma membuatkan dia bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk hidup.

Pun begitu, Zaiton masih menangis sehingga kini walaupun tanpa air mata kerana kemalangan tersebut telah meragut nyawa anaknya serta seorang pemuzik yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

Walau 11 tahun hidup dalam tekanan dan gangguan emosi sebelum ini, Zaiton mahu terus jalan ke hadapan.

31 tahun berlalu, Sinarplus mendekati penyanyi yang masih tidak jemu menghiburkan peminat ini.

Inilah kisah diva era 80an, Zaiton Sameon yang terus menaruh harapan.

#CeritaOrangKita
#ZaitonSameon
#MenaruhHarapan
#KabutSerangkaiMawar
#Sinarplus
#SinarHarian
#LifestyleSinarHarian
#DominasiGayaHidup

show more

Share/Embed