First Time Camping at Gunung Belumut Kluang Johor | 2 days 1 night | Makan Durian at the End
Zakie Maiza Adventure Zakie Maiza Adventure
3.76K subscribers
3,122 views
35

 Published On Jun 5, 2023

Salam Dari Pak Long !! kali ni Pak Long nak share apa yang bestnya bercamping. Ini adalah trip camping yang pertama Pak Long. Jom kita baca sikit fakta ini:

Gunung Belumut yang terletak di Daerah Kluang ialah gunung ketiga tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter,[1] sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.

Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.

Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama dua jam.

Koordinat:
WGS 84 : N2.0666° , E103.5255°

HUTAN REKREASI GUNUNG BELUMUT, KLUANG

Hutan Rekreasi Gunung Belumut terletak 32 km dari Bandar Kluang iaitu melalui jalanraya Kluang - Mersing, 137 km dari Bandar Johor Bahru.

Gunung Belumut diberi nama sempena keadaan batu-batu di gunung ini yang licin dan berlumut.

Perjalananan ke puncak gunung ini, pengunjung perlu melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau berjalan kaki melalui denai.

Di kaki gunung ini terdapat aliran air terjun yang sederhana tinggi dan airnya sejuk serta nyaman, ia menjadi tarikan pengunjung untuk datang terutama pada musim cuti atau hujung minggu.

Antara kemudahan yang disediakan, termasuklah:~

✅Parking Yang Luas
✅Taman Permainan Kanak-Kanak
✅Surau
✅Bilik Air
✅Pondok Berehat
✅Tempat Perkhemahan
✅Tempat Bakar-Bakar untuk BBQ

Dibuka Setiap Hari dari 8.00 pagi🕗 Sehingga 5.30 petang🕠 sahaja (KECUALI HARI ISNIN TUTUP🚷)

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:-

Majlis Perbandaran Kluang
☎️ Tel. : 07-777 1401/2

Jabatan Perhutanan Negeri Johor
☎️ Tel : 07-266 7433

Tempahan:
• Tapak : 1 unit
• Kapasiti : 60 orang
• Kadar : RM10 / khemah

#camping #tourism #travelvlog #bonding #naturelovers

show more

Share/Embed