Resepi Babat Masak Lemak Kunci || Resepi Masakan #30
Rozi Talib Channel Rozi Talib Channel
13.2K subscribers
367 views
6

 Published On Jun 25, 2023

Penggemar Babat/Perut Lembu, Babat Masak Lemak Kunci memang sedap habis.. terangkat habis. Makan dengan nasi memang bertambah-tambah.

Resepi Babat Masak Lemak Kunci ni dari mak mertua saya. Jawa panggil babat tapi melayu panggil perut. Kalau di Johor, ramai yang masak babat warna hitam. bagi yang tidak suka warna hitam, boleh la rendam kapur dan gosok2 agar hitam tu hilang...

Kenapa nama resepi ni babat masak lemak kunci? kuncinya mana? Ok mari saya cerita.. kunci ni atau nama lain Temu Kunci adalah satu tumbuhan satu kumpulan dengan cekur/kencur. korang boleh google nanti bagaimana rupa Temu Kunci. Jadi dalam masakan babat ini kita masukkan kunci. Jadi la Babat masak lemak kunci atau dengan mana lain Perut Lembu masak lemak kunci. ResepiJawa (masakan Jawa) ni.

Ada juga yang rasa geli atau tak lalu nak makan perut lembu yang warnanya hitam. sebenarnya perut lembu tu sudah dicuci bersih dan direbus.. cuma tidak dikenakan kapur jer..agar hitam tu tanggal.. ada yang kata yang warna hitam tu rasanya lebih sedap berbanding perut putih... so, terpulang pada korang nak masak yang hitam atau putih..

Bahan-bahan Babat Masak Lemak Kunci
Babat (perut lembu) yang dah direbus
ketumbar
jintan putih
Temu Kunci (Kunci)
Lengkuas
Halia
kunyit hidup
Bawang merah
bawang putih
Tauhu segar
Santan pekat
Cili Padi (kalau nak pedas la..)

Selamat mencuba semua...

📸Camera :✔️ Smart Phone Realme 6i
📌Video Editing :✔️Adobe Premire Pro 2023
📚THUMBNAIL :✔️Adobe Photoshop 2023

FOLLOW Rozi Talib
INSTAGRAM -   / rozitalib  
FACEBOOK-   / rozitalib  
TWITTER-   / rozitalib  
WEBSITE - http://www.rozitalib.blogspot.com

show more

Share/Embed