family camping Tok bak 3, tanjung malim jan2024. semi wild camping yg menarik.
theQayser theQayser
101 subscribers
590 views
0

 Published On Feb 2, 2024

pressure air kurang, air selalu takde.
kene bawak lampu dlm toilet. takde lampu gelap.

semi-wild


pesanan dari CO

Panduan utk ke Tok Bak Campsite (TBC) :*

1) TBC terletak berdekatan Kg Org Asli Chinggung, Behrang Ulu, Jalan Ulu Slim Lama, Tanjong Malim Perak.

2) Lokasi Google Map yg diberikan adalah lokasi transit di Kg Orang Asli Chinggung dimana kakitangan TBC iaitu Aroy atau Jeff akan tunggu dan bawa masuk ke campsite yg sebenar.

3) Sila hubungi Jef melalui WhatsApp call di nombor 013-7069045 sebelum datang agar beliau dapat tunggu di lokasi. Disebabkan liputan Telco yg kurang memuaskan disana, sila beri masa kpd Jef utk membalas WhatsApp Tuan/Puan.

TERIMA KASIH.

Sila patuhi nasihat drpd Operator Campsite (OC) kami semasa berada TBC terutamanya aspek keselamatan, peraturan memasang khemah dan flysheet serta meletakkan kenderaan di tempat yg sepatutnya.

Pandu lah dgn berhemah dan perlahan apabila melalui jalan kampung Org Asli Chinggung dan hormati penduduk di situ. Jika ada jajan atau buah tangan boleh lah diberikan kpd anak2 org asli yg sedang bermain disana.

Selain itu perkara berikut yg selalu menjadi masalah kpd TBC hendaklah di patuhi dan diambil kira :

1) Parking kenderaan hendaklah ditempat yg telah ditetapkan dan diarahkan oleh Operator Campsite. Penalti RM70 akan dikenakan jika Tuan / Puan gagal mematuhi arahan meletak kenderaan.

2) Sila gunakan sandal/selipar khas yg disediakan utk masuk ke tandas agar tandas tidak kotor dgn tanah, pasir dll. Denda RM15 jika tuan puan gagal mematuhi syarat ini.

2) Puntung rokok hendaklah di buang ke dalam bekas sampah tuan2. Jangan dicampak merata-rata atau di buang ke dalam sungai.

3) Sila bersihkan tapak khemah sblm keluar dan bawa sampah tuan2 keluar dan buang di dlm tong besar diluar kampung. Sila tanya OC dimana sampah perlu dibuang.

4) DIDIKLAH anak2 tuan /puan agar sayangkan alam sekitar dgn tidak membuang sampah ke dalam sungai atau kawasan sekitar.

5) JANGAN sesekali buang tuala wanita (pad, tampon) ke dalam lubang tandas. Semua org akan merana jika tandas tersumbat kemudian.

6) JANGAN bakar sampah selain kayu api. Campfire hendaklah dibuat ditempat yg ditetapkan shj dgn nasihat Operator Campsite (OC).

7) Kanak2 perlu di pantau semasa melalukan aktiviti air. Pihak TBC TIDAK menyediakan Life Guard.

8) Kami tidak akan BERTANGGUNGJAWAB dan BERTANGGUNGAN atas segala kemalangan dan kecelakaan di TBC. Sentiasa patuhi arahan dan nasihat dari OC yg menjalankan tugas demi kebaikan dan keselamatan semua.

```Last but not least```
Take nothing but memories, Leave nothing but footprints.

Have a great day and enjoy your camping!

Ikhlas drp
Pengurusan Tok Bak Campsite

show more

Share/Embed