Tarian Pencak Sembrani - JKKN JOHOR (INSPITARI 2011)
Arsenal Red Juan Arsenal Red Juan
5.12K subscribers
8,192 views
19

 Published On Oct 31, 2011

Tarian ini diadaptasi dari ketangkasan pahlawan berkuda dan seni mempertahankan diri (silat) yang menggunakan gerakan 'kekuda 'dan 'sesiku'. Tarian ini diiringi gabungan irama ghazal, samrah, dan keroncong . Pakaian penari di garap bercirikan Masyarakat Melayu Bugis dan Jawa Johor.
Muzik Pencak Sambrani ini berunsurkan penggunaan elemen pergendangan silat dengan gabungan ritma ghazal dan jidor yang melambangkan identiti Johor serta melahirkan satu kelainan bagi tarian kreasi baru ini.

Pencak Sambrani ialah Gabungan perkataan seni Tari Melayu gagah berani dari gerak kekuatan Pahlawan Berkuda serta kekuatan gerak seni mempertahankan diri iaitu silat.

Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (KKJKKN) Negeri Johor telah ditubuhkan pada 19 Mac 2007 di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor. Kumpulan ini terdiri daripada seorang jurulatih dan 18 orang penari. KKJKKN Negeri Johor ini terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti persembahan kesenian dan acara rasmi di Johor.

Antara aktivti tersebut ialah Persembahan Kebudayaan sempena hujung minggu Majlis Perbandaran Johor Bahru, Sambutan Majlis Konvensyen Perpustakaan Desa, Persembahan sempena Pesta Layang-Layang dan lain-lain.

show more

Share/Embed