TIPS MEMILIH KIPAS SILING YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN ANDA
Uncle Andrew Uncle Andrew
18K subscribers
25,802 views
667

 Published On Oct 9, 2023

Tips Memilih Kipas Siling Yang Sesuai Untuk Kediaman Anda

Anda memiliki rumah baharu? Atau ingin menggantikan kipas lama? Kipas siling merupakan salah satu peralatan yang penting untuk setiap rumah, lagi-lagi dengan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia ini. Mana boleh hidup tanpa kipas kan?

Tujuan kipas siling dipasang adalah untuk memberikan pengudaraan yang baik di dalam rumah serta mengurangkan suhu di dalam rumah. Cuaca di Malaysia ni panas hampir sepanjang tahun. Sebab itu pemilihan kipas siling yang betul dan sesuai dengan ruang perlu diberi perhatian untuk menjadikan rumah anda selesa ketika cuaca panas.
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih sesebuah model, adakah penting jenis kipas yang anda beli?
Antara ciri-ciri umum yang bakal Uncle Andrew kongsikan dan perlu dititikberatkan sebelum membeli kipas di rumah adalah:
• Saiz kipas
• Ketinggian siling
• Bilangan bilah
• Saiz ruang
• Jenama kipas dan harga mengikut bajet
• Penggunaan tenaga

Pertama, bagaimanakah cara ukur saiz kipas mengikut ruang?

Untuk kipas berfungsi dengan baik, anda harus memilih kipas dengan saiz yang tepat untuk setiap bilik. Maka, anda perlu ukur bilik terlebih dahulu. Supaya kita tidak membazir tenaga elektrik untuk menyejukkan bilik dengan kipas yang terlalu besar bagi saiz bilik itu.

Kipas siling diukur berdasarkan diameternya iaitu ukuran rentas bulatan yang terbentuk semasa kipas berpusing. Lebih mudah jika anda mengukurnya dari hujung bilah ke hujung bilah yang bertentangan.

Anda perlu memperuntukkan jarak sekurang-kurangnya 18 hingga 24 inci di sekitar kipas. Dan jika terdapat lampu berdekatan kipas, jaraknya tidak kurang 39 inci dari kipas.


Berikut merupakan anggarkan saiz kipas yang anda perlukan:
• Kipas 52 inci boleh menyejukkan ruangan seluas 400 kaki persegi
• Kipas 44 inci boleh menyejukkan bilik seluas 225 kaki persegi
• Kipas 42 inci boleh menyejukkan ruangan seluas 144 kaki persegi
• Kipas 36 inci boleh menyejukkan ruangan seluas 75 kaki persegi

Kedua, lebih banyak bilangan bilah, lebih baik?

Tidak semestinya, menurut hukum fizik, kipas yang mempunyai jumlah bilah yang lebih banyak akan mengurangkan prestasi kipas. Bilah yang banyak akan menambahkan beban pada motor kipas dan mengurangkan kelajuan angin secara tidak langsung.

Sebagai contoh, perasan tak anda, kipas jenis industri kenapa hanya ada dua atau tiga bilah sahaja. Rahsianya apabila bilah kipas itu hanya dua atau tiga, beban motor untuk mengerakan kipas akan berkurangan. Jadi semakin kurang beban, semakin pantas kipas akan berpusing. Dan semakin laju ia semakin kuat lah pegerakan angin yang akan dihasilkan. Hasilnya tiupan angin akan lebih kuat daripada biasa. Tetapi bunyi yang dihasil juga lebih kuat berbanding kipas 4 ke 5 bilah.

Lebih bilah pada kipas akan memberikan jumlah putaran udara yang lebih baik, namun peningkatan daripada 4 bilah ke 5 bilah dan 5 bilah ke 6 bilah disimpulkan sebagai terlalu minima faedahnya berbanding dengan keperluan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkannya.

Dengan mengambil faktor kadar putaran dan juga faktor penjimatan tenaga, penyelidik menyimpulkan bahawa kipas 3 bilah dan 4 bilah sebenarnya sudah memadai untuk kita menyejukkan sesuatu bilik dan pada masa yang sama, tidak menggunakan elektrik terlalu tinggi.

Ketiga, apa jenama kipas yang lazim di Malaysia?

Di Malaysia, terdapat beberapa jenama kipas siling yang lazim dikenali dan popular di pasaran. Beberapa jenama tersebut termasuk:
• Khind
• Panasonic
• KDK
• Deka
Ini hanya beberapa contoh jenama kipas siling yang biasa dilihat di pasaran Malaysia. Semasa membuat pembelian, pastikan untuk membaca ulasan produk dan membandingkan ciri serta harga untuk memastikan anda memilih kipas siling yang sesuai dengan keperluan dan anggaran anda.


Yang terakhir, pemilihan downrod mengikut ketinggian siling

Kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai ketinggian siling antara 9 kaki hingga 12 kaki. Kipas siling perlu diposisikan untuk berada sekurang-kurangnya 2.3m hingga 2.8m dari lantai kerana ini boleh memberikan aliran udara dan keselamatan optimum. Harus juga ada ruang sekurang-kurangnya 10 inci antara siling dan bilah kipas siling anda.

Jika ketinggian siling adalah 3.65m, hanya tolak 2.3m dan anda boleh menentukan panjang downrod sekitar 1m untuk kipas siling anda berada pada jarak ketinggian kipas-ke-lantai yang optimum, iaitu daripada 2.3m hingga 2.8 m.

Uncle Andrew nasihatkan kipas-kipas yang dipasang berada di tengah-tengah bilik anda supaya ia dapat mengedarkan udara secara merata. Untuk bilik yang lebih besar, anda mungkin perlu memasang dua kipas siling.

show more

Share/Embed