Tok Bak Campsite , Tanjung Malim ,Perak I CC ON | Campsite Review
Ady Irkus Ady Irkus
1.51K subscribers
5,355 views
0

 Published On Mar 1, 2023

TOK BAK CAMPSITE, TANJUNG MALIM


TOK BAK Campsite,TANJUNG MALIM,nama yang tidak asing lagi bagi para campers.Terletak berdekatan Kg Orang Asli Chinggung ,Behrang Ulu,Jalan Ulu Slim Lama,Tanjung Malim Perak.

Kawasan campsite yang sedikit jauh di dalam kawasan hutan dan bersebelahan dengan sungai yang airnya jernih dan berwarna hijau.Buat yang kali pertama camping disini pasti akan teruja dan tidak terungkap dengan kata-kata pada keindahan kawasan Tok Bak Campsite ni.

Jalan masuk ke campsite ni sangat mencabar atas faktor muka bumi yg berbukit dan tidak berturap.Pastikan kenderaan anda bukan jenis yang lowered,sebab jalan masuk kesini memerlukan kenderaan yang standard atau paling sesuai kenderaan jenis 4x4.Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum masuk kesini.

Sumber elektrik memang tiada langsung disini dan kawasan ni hanya akan hidupkan generator pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad bagi menerangi seluruh kawasan campsite.Bawa powerbank atau sumber elektrik yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang berada disini.

Toilet ada dua bahagian, satu di kawasan masuk dan satu lagi di bahagian hujung.Keadaan toilet bersih dan air pun laju.Sinki dan paip banyak disekitar campsite,jadi anda tak perlu risau nk berebut basuh pinggan,cuma anda perlu bawa bekalan air bersih sendiri untuk tujuan memasak atau minum kerana sumber air disini dari air sungai.

Line telco kurang baik disini (Celcom),ada beberapa spot yang dapat tapi itu pun masih lembap.Untuk telco lain saya tak pasti.Jadi untuk menghilangkan bosan bawalah laptop dan stok movie bagi mengisi masa anda disini,jika tak perlu hayatilah keindahan alam disamping bunyi-bunyi hutan dan air sungai yang mengalir.

Jangan lupa bawa ubat nyamuk dan perangkap lalat.

Tempat sampah bawa sendiri,nnti nk keluar bawa sampah buang di tempat sampah diluar kawasan campsite

Waktu malam kt sini cerah dengan cahaya lampu hanya pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad ,sumber dari power generator.

Untuk makluman kawasan ini ada kepala air,jadi sentiasalah berjaga-jaga semasa mandi.Nanti akan ada orang yang akan bagi warning sekiranya bakal berlaku kepala air.

Selebihnya biarlah gambar dan video berbicara.


Info berkenaan tapak camping
✅Parking
❌ Plug point
✅ Tandas bersih dan selesa
✅ Open shower
✅ Paip air & Sinki
❌ Telco Line (Celcom)
✅ Yes 4g
✅ Keadaan air sungai bersih dan cantik
✅ Boleh memancing
❌ Dilarang menjala

Contact No Person In Charge :
http://www.wasap.my/60172467803

#familycampingmalaysia #decathlon #survival #familycamping #outdoors #camping #outdoor #campingvibes #semulajadi #khemah #campinginrain #asmrcamping #soundofnature #nature #anxietyrelief #asmr #malaysia #outdoor #outdoorlife #soundofrain #camping #river

_______________________________________________________
Music by Hotham
Stream: smarturl.it/HothamMusic
Download: hypeddit.com/track/j2mggw
Music supported by #BackgroundMusicWithoutLimitations
@NoCopyrightMusicForCreators
_______________________________________________________

#familycampingmalaysia #decathlon #survival #familycamping #outdoors #camping #outdoor #campingvibes #semulajadi #khemah #campinginrain #asmrcamping #soundofnature #nature #anxietyrelief #asmr #malaysia #outdoor #outdoorlife #soundofrain #camping #river #familycampingmalaysia #naturehike #survival #familycamping #outdoors #camping #outdoor #quicktent #naturehike #village #coleman #naturehikefitt #campingvibes #semulajadi #vilalido #toyotavios #vios2022 #semulajadi #khemah #campinginrain #campingasmr #asmrcamping #campinglife #soundofnature #nature #anxietyrelief #asmr #malaysia #outdoor #outdoorlife #soundofrain #camping #river #beautiful #happyfamily #sigma #carcamping

show more

Share/Embed