Published On Oct 21, 2021
Dalam episod kali ini Fendi masih lagi di Langkawi meneruskan jelajah Resepi Tok di Restoran Siti Fatimah dengan menu Sup Gamat resepi turun temurun yang banyak khasiat.
Gamat mempunyai pelbagai khasiat yang mampu merawat penyakit serta sup gamat antara pemakanan warga Langkawi kekal sihat dan muda. Mari kita lihat bagaimana proses sup gamat yang segar dari Restoran Siti Fatimah.
đLokasi Âť Restoran Siti Fatimah
Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan mata Air, Ulu Melaka, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah
âď¸ 04-955 2754
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti âMat Salleh Cari Makanâ, âKembara Ramadan Rhysâ, âPilihan Terbaikâ, âSembang Brosâ, âThe Nasi Lemak Showâ, dan âTrek Artisanâ.