[5.1.2024] Ops Kutip & Belanja JIM Terengganu di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
721 subscribers
9,710 views
135

 Published On Jan 11, 2024

Kuala Terengganu, 5 Januari 2024 - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melakukan Operasi - Ops Kutip & Ops Belanja di Perkarangan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menjadi tumpuan warga asing.

Operasi ini diketuai oleh YBrs. Tuan Azhar Bin Abd Hamid, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu. Hadir sama PPI Farah Hanim Binti Abdul Rashid, Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Terengganu dan KTPP Suhaizan Bin Abdullah, Ketua Unit Tindakan Imigresen JIM Terengganu.

Seramai 21 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIMNT telah menyerbu lokasi tersebut susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing terutama pada hari minggu. Semasa serbuan dilakukan turut berlaku cubaan melarikan diri namun kecekapan pegawai penguatkuasa berjaya menahan mereka.

Jumlah individu yang diperiksa di dalam operasi ini adalah seramai 257 orang dan 30 daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasa JIMNT melalui saluran-saluran berikut :

09-622 3425
[email protected]
https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

#imigresen #terengganu #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama

show more

Share/Embed