10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
79,636 views
0

 Published On Apr 26, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Atchoo!
Bing sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Sula tetapi dia tiba-tiba bersin tanpa berhenti dan badannya berasa panas jadi terpaksalah dia tinggal di rumah dan simpan hidung beringusnya untuk dirinya sendiri. Dia berharap dia masih boleh bermain di rumah Sula dan makan bagel karot Amma yang sedap sehinggalah tiba-tiba datang pelawat yang tak disangkakannya...

06:23 Perkelahan
Bing dan Flop sedang bersiap-siap untuk berkelah. Mereka telah sediakan semua yang mereka perlukan; sandwic, minuman, biskut dan juga seluar! Sebaik sahaja mereka mula hendak bergerak bersama dengan Wheelie, hujan pun turun dan Bing berasa sangat kecewa. Adakah mereka masih boleh berkelah, atau hujan akan menghentikan semua keseronokan mereka...

12:46 Kasut Berloceng
Hari ini Bing bermain dengan Coco dan Charlie dan mereka sedang menari! Charlie berdiri dan cuba berjalan sendiri dan dengan bantuan kasut bayi berloceng Bing, dia dapat mengambil beberapa langkah pertamanya! Tetapi apakah perasaan Bing apabila Coco cadangkan supaya Charlie simpan kasut itu?

19:09 Menjaga Flop
Flop sakit jadi Bing beritahu Flop yang dia ingin menjaganya. Jadi... Bing membantu Flop untuk buatnya rasanya lebih selesa di sofa dengan memberikan bantal dan selimut, malah Bing berikan juga Hoppity Voosh dengan harapan ia dapat membantu Flop merasa lebih baik. Bing kemudian memutuskan untuk buatkan Flop air lemon madu, tetapi macam agak susah untuk dibuat.

25:32 Membakar
Bing dan Flop sedang membakar biskut halia arnab untuk Charlie dan Coco. Tetapi apabila mereka berdua sampai, Charlie buang air besar dengan banyak! Semasa membersihkan Charlie, tidak ada yang mendengar Chickie, si penjaga masa berbunyi untuk memberitahu mereka yang biskut sudah masak. Adakah mereka dapat menikmati biskut arnab halia mereka?

31:55 Voosh
Bing sedang terbang bersama Hoppity di sekeliling taman. Hoppity sangat pandai terbang dan dia boleh terbang setinggi tali ampaian. Tetapi apakah yang terjadi apabila Hoppity vuusshh terlalu tinggi sehingga dia hilang?

38:18 Ubi Kentang
Bing dan Sula membantu Amma menggali kentang apabila mereka menjumpai kentang yang ada hidung kecil! Mereka memanggilnya Nosey dan ingin menjaganya, jadi mereka tunjukkan kepada Nosey kawasan sekitar rumah Sula & Amma. Tetapi, apakah yang akan berlaku apabila mereka menunjukkan kepada Nosey cara-cara untuk turun papan luncur?

44:41 Lagi
Masa untuk mandi! Bing dan Flop sedang buat buih mandian dan sewaktu Flop tidak melihatnya, Bing tidak dapat menahan untuk memicit sedikit lagi sabun mandi …. dan sedikit lagi… dan sedikit lagi, sehinggalah buih menjadi sangat tinggi. Apabila dia mula hendak mandi, Bing tidak dapat duduk disebabkan buih yang terlampau banyak.

51:04 Bongkah
Bing sedang membina menara dengan bongkah-bongkah pelanginya dan dia ingin menjadikan menara tersebut setinggi dirinya.

57:27 Telefon Bimbit
Bing dan Hoppity mahu bermain Salad Bercakap hari ini menggunakan telefon bimbit Flop.

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed