Family Vacation 2024 || Kuala Terengganu || Terengganu Darul Iman
Anna Azmil Anna Azmil
143 subscribers
7,547 views
0

 Published On Feb 17, 2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2024, kami pergi ke Kuala Terengganu bersama saudara & sahabat.. Orang bilang Sabahan Vacation la sebab majoriti yang ikut percutian ini orang Sabah ☺️☺️☺️ Pada video kali ini kami kongsikan perjalanan yang panjang dari Kepong ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, semua happy sepanjang perjalanan, Allah melindungi perjalanan kami. Terima kasih Allah & terima kasih juga kepada mereka yang turut mendoakan perjalanan kami ke Terengganu 😘😘😘 Perjalanan dari Kepong ke Kuala Terengganu memakan masa 4 jam 33 minit tapi itulah asyik berhenti kat R&R dan beberapa perhentian menyebabkan perjalanan memakan masa sehari perjalanan 😅😅😅 Gerak dari kepong lebih kurang jam 8am sampai Kuala Terengganu dah 6:28pm 😵‍💫😵‍💫😵‍💫

Alhamdulillah, sepanjang kat Terengganu kami sempat pergi ke Pantai Batu Burok, ke Pulau Sekati & ke Pasar Payang (Pasar Kedai Payang) Kami juga turut membeli kerpok lekor sebagai oleh-oleh tapi saya & suami rasa macam mau borong semua barang kat sana.. apa tidaknya, pelbagai makanan dari Thailand yg halal turut dijual di Pasar Payang.. ada la angkut satu dua barangan Thailand untuk di bawah balik Sabah, souvenir untuk keluarga di Sabah juga ada apatah lagi, souvenir untuk pelajar Cikgu Anna pun tidak dilupa ☺️☺️☺️ harap semua suka nanti 😁😁😁

insya-Allah, berkat rezeki daripada Allah nanti kami akan ke Kuala Terengganu sekali lagi sebab makanan di sana murah-murah & makanan Thailand pun ada kat sana.. sesuai untuk keluarga besar vacation kat sana.. Diharap semua suka dengan konten kami pada kali ini 😊😊😊

Bah, sesiapa yang baru berkunjung jangan lupa subscribe & like ye...

Semoga Allah sentiasa memewahkan rezeki & mempermudahkan urusan kita semua, Aamiin 🤲🙏

Salam kenal daripada ms. Anna & mr. Azmil

#DailyVlog #Sapulut #KualaLumpur #KualaTerengganu #pasarpayang #PulauSekati #PantaiBatuBurok

show more

Share/Embed