10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
120,064 views
0

 Published On May 31, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Mural
Sula dan Amma sedang melukis mural yang cantik di taman jagaan apabila Bing dan Flop tiba untuk membantu. Sula melukis pokok yang cantik, dan Bing putuskan untuk lukis Pelangi. Amma kemudian mengingatkan mereka yang sewaktu melukis, adalah sangat penting untuk ingat “ celup.... lapkan” supaya cat tak menitis! Tetapi apakah yang terjadi apabila Bing terlupa untuk lapkan berusnya?

06:23 Bunga Dandelion
Bing dan Flop sedang bermain di taman hari ini apabila Bing ternampak bunga Dandelion! Dia meniup benih bunga Dandelion sambil melihatnya terbang pergi. Bing kemudian memutuskan untuk menyimpan bunga terakhir untuk diberikan kepada Sula, tetapi susah sangat nak hentikan benih itu daripada terbang. Adakah dia akan dapat menghalang benih tersebut daripada terbang ditiup angin sewaktu dia sedang berjalan ke rumah Sula?

12:46 Ais Loli
Hari yang panas! Bing dan Flop sedang mengisi air di dalam kolam di halaman rumah. Sambil menunggu, mereka dapatkan ais loli yang sejuk dari Gilly! Sewaktu mereka berteduh bersama ais loli mereka, Bing terdengar percikan! Ada katak! Katak itu sedang berenang dan tidak dapat keluar dari kolam! Apakah yang akan terjadi kepada ais loli Bing dan Flop ketika mereka menyelamatkan katak tersebut?

19:09 Bayang
Bing sedang bermain di halaman rumah ketika dia terlihat akan bayang-bayangnya. Flop and Bing kemudian bermain Sentuh Bayang-Bayang, sambil bergilir-gilir menjadi Raksasa Bayang-Bayang , tetapi kemudian awan gelap tiba-tiba menutup matahari dan bayang-bayang pun hilang. Bing dan Flop kemudian masuk ke dalam untuk lari dari hujan, tetapi bayang-bayang Bing tertinggal dan menjadi semakin basah di luar!

25:32 Papan selaju
Bing dan Flop sedang berlari dengan pantas melalui taman apabila Pando 'voosh' melintasi mereka dengan papan selaju! Bing jadi tak sabar untuk cuba jadi Pando bersetuju untuk mengajarnya cara bermain papan selaju. Tetapi apakah yang berlaku apabila Bing sampai ke bukit dan papan selaju meluncur dengan semakin laju?

31:55 Patung muzikal
Di tempat jagaan Amma, kali ini tiba giliran Bing untuk memilih permainan: iaitu Patung Muzikal. Apabila muzik berhenti ... berdiri tegak seperti patung. Sekiranya anda bergoyang, anda keluar ... dan menjadi pemerhati goyangan. Adakah Bing akan memenangi permainan tersebut?

38:18 Pertunjukan
Bing dan rakan-rakannya berada di pentas pertunjukan di taman apabila mereka memutuskan untuk buat satu pertunjukan! Coco akan menari balet, Pando akan bernyanyi, Sula akan buat akrobatik, dan Bing pula akan membuat persembahan terakhir!

44:41 Silap mata berkilau
Bing pergi bermain dengan Sula yang sedang melakukan ‘silap mata berkilau’. Apabila Bing ingin membuat silap mata berkilaunya sendiri, dia terbersin apabila sedang mencari batu kilauan ajaib di halaman rumah.

51:04 Selimut
Bing sedang bersiap-siap untuk tidur dan dia menjadikan selimutnya yang lembut sebagai baju terbang seperti yang dipakai oleh Hoppity Voosh.

57:27 Selamat Tinggal
Bing sedang bermain dengan belon oren baru tetapi ketika dia meloncat di atas belon dengan terlalu lasak, belon itu ‘ MELETUP.

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed