The Zikr - Antara 2 Cinta 2024 (Official Music Video)
Smart Audio TV Smart Audio TV
2.57K subscribers
66,345 views
1.9K

 Published On Premiered Mar 8, 2024

#thezikr #antara2cinta2024 #nasyidlama #smartaudiomusic #munsyidmalaysia #nostalgianasyid #nazreyjohani #islamicsong #mvmmusic #rusamusic
#raihan #nasyidindonesia

The Zikr satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri nasyid Malaysia suatu ketika dulu kini kembali menghiasi persada hiburan islam kini. Dengan mengekalkan sebahagian anggota lama dan penambahan beberapa anggota baru The Zikr tampil dengan lagu-lagu lamanya yang dirakamkan semula dengan mengekalkan keaslian irama muzik tradisional nasyid kontemporari. Semoga pengembalian ini dapat mengubati kerinduan peminat nasyid tanahair.

Terima kasih diucapkan kepada Abu bakar, Che Amran, Amran dan sebahagian anggota asal The Zikr yang tidak dapat menyertai rakaman kali ini. Semoga Ukhuwah tetap segar sampai ke syurga. Al-fatihah kepada anggota yang telah pergi; Arwah Zairi dan Arwah Soleh. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan muttaqin dan mukhlisin.

Tajuk: Antara Dua Cinta
Artis: The Zikr
(Nazrey/Syamsul/Syawal/Achik/Afizan/Amy/Hafiz Udu/Amin)
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Penerbit Eksekutif: Syamsul Ridhuan
Producer: Amin Nordin
Studio Rakaman: Smart Audio Studio
Muzik Gamelan/Angklung: Raja Farhan
Perkusi Latin: Achik
Gendang sunda: Hafiz Udu
Suara Latar: The Zikr
Mixing & mastering: Amin Nordin
Videografer: Jefri/Fawwaz
Video Editor: Amin
Penampilan: The 6 Sons
Grafik: Baam (Rampage StudioWorks)

ANTARA 2 CINTA 2024

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada, ditangkap hilang

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu, kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Tuhan, leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu, kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Hanya cinta-Mu, ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh
Hanya cinta-Mu, ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

@ 2024 | SMART AUDIO MUSIC | All Right Reserved

show more

Share/Embed