'Kurang ajar' - 'Macai' dan 'celaka' buat dewan rakyat tegang!
KiniTV KiniTV
2.26M subscribers
97,386 views
520

 Published On Premiered Nov 28, 2023

Perikatan 'macai' dan 'celaka' mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sehingga mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

RSN Rayer (PH-Jelutong) terlebih dahulu menggelar ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bangkit untuk mencelah ketika dia berbahas dengan panggilan macai.

Ini selepas Rayer menyentuh Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2023.

Kenyataan Rayer mengundang rasa tidak puas hati beberapa ahli Parlimen PN yang bangkit untuk mencelah membabitkan Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas), Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN- Besut) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN- Alor Setar).

Che Mohamad Zulkifly menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rayer yang kurang ajar apabila menggelar ahli Parlimen PN macai dan memintanya supaya tidak "menjadi celaka".

Kredit: https://www.youtube.com/live/nkJAqcOY...

show more

Share/Embed