Iman Booster 1 | Lupa
Tarbiyah Hunter Tarbiyah Hunter
208 subscribers
108 views
0

 Published On Jun 25, 2020

إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
.
..."Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 37)
.
Harini kita dikurniakan pelbagai jenis rezeki, bukan wang semata, banyak lagi antaranya rezeki punya anak, masa lapang, pekerjaan dan tenaga. Bilamana kita diuji, kembalilah kepada Allah.

Disaat kita senang, ingatlah setiap rezeki yg kita terima adalah dari Allah bukannya manusia. Bila saja kita diuji, andai manusia menjadi sandaran dan tempat bergantung. Kita tak akan bahagia. Tetapi andai kita senang ingat pada Allah, percayalah dikala kita susah juga Allah tidak akan kita lupakan😊
.
Jadikanlah Allah sbgai tempat bergantung kerana Dia amat dekat seperti dalam firman dibawah, min suka sangat🥺 deep...
.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ  ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ  ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 186)
.
Idea penulisan: @_nuhid
Illustrasi: @tarbiyah_hunter

show more

Share/Embed