Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Pos Yum, Pos Beswok di Sungai Siput, Perak Malaysia...by RGB
Sofi RGB Sofi RGB
810 subscribers
542 views
18

 Published On Jan 23, 2023

Pos Kuala Mu, Pos Yum dan Pos Beswok di Sungai Siput, Perak terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika malar hijau.
Pendakian dengan menaiki kenderaan (kereta, van, pacuan empat roda, motosikal) dengan ketinggian 600 hingga 700 meter dari aras laut
mengambil masa lebih satu jam dari pekan Sungai Siput Utara.Pos Kuala Mu terletak di daerah Sungai Siput Utara, Perak.

Jarak perjalanan dari pekan Sungai Siput ke destinasi adalah kira-kira 70KM dan mengambil masa 1jam hingga 2jam lebih perjalanan dari bandar Ipoh. Permukaan jalan untuk menuju ke perkampungan Orang Asli tersebut adalah jalan agak mencabar disebabkan jalan berbukit dan hutan.tetapi ia boleh di akses bagi semua jenis kenderaan . 7KM terakhir merupakan laluan paling mencabar kerana laluan mendaki bukitnya agak curam hampir 45 darjah. Pastikan kereta anda diselenggara dengan baik terlebih dahulu terutamanya bahagian enjin dan sistem brek. Juga pastikan minyak mencukupi

Pos Kuala Mu, Sungai Siput adalah destinasi eko-pelancongan yang sangat menarik dengan nilai-nilai semulajadi yang unik.
Jika anda seorang pencinta alam, anda pasti menyukai tempat ini dan menghargai keindahan Pos Kuala Mu yang dipelihara dan dijaga baik oleh orang asal disini.

Chalet di Pos Kuala Mu mungkin tidak mempunyai ciri dan kemudahan mewah tetapi keunikan dan seni bina dari sumber hutan sepenuhnya seperti buluh dan bertam (tanaman dalam keluarga sawit yang tumbuh di hutan), nyata kedua-duanya berkait rapat dengan suku Temiar dan dikelompokkan dalam keluarga Senoi, iaitu etnik utama perkampungan orang asal yang suatu masa dahulu Suku Temiar hidup berpindah-randah.Namun dengan perubahan zaman moden pada hari ini, suku kaum ini sudah hidup menetap kekal di sampung menikmati dengan pelbagai infrastruktur yang dibina oleh kerajaan seperti jalanraya ke Kuala Mu yang nyata telah membuka sumber rezeki baru terhadap masyarakat Temiar Kuala Mu.

Bercerita tentang chalet yang dinamakan Bersah Chalet, Dusun Chalet dan Perkhemahan Kampung Gapeh, chalet tiga beradik ini mula beroperasi pada tahun 2017 dan berjaya
menarik kehadiran masyarakat di seluruh pelusuk negeri terutama pada hujung minggu mahupun musim cuti persekolahan.
Setiap chalet dilengkapi dengan lampu, tilam, bantal, selimut, kelambu dan satu soket elektrik.Kemudahan bilik mandi dan tandas terletak tidak jauh dari chalet berkenaan.Tandas sangat bersih dan lengkap dengan paip air serta sinki,Bilik mandi jugak disediakan.
Sekiranya anda suka memasak, anda boleh melakukan aktiviti ini di luar chalet yang dilengkapi kemudahan air paip.
Barbeku sambil berborak bersama teman-teman? Ya, sudah tentu anda boleh melakukan aktiviti barbeku disini sambil mendengar deruan air terjun yang mendamaikan.
Selain tinggal di pondok yang disediakan, pengunjung juga diberi pilihan untuk tidur di dalam khemah atau tempat tidur gantung yang diikat pada batang pokok.

Menarik dan unik!Disamping itu, anda dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti rutin harian masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Kuala Mu.
Anda juga dapat mengenali budaya dan adat Orang Asli melalui persembahan sewang yang terdapat di dalam salah satu pakej yang ditawarkan.
Apa yang menarik, suasana persekitaran pada waktu siang agak sejuk dan nyaman dan bertambah sejuk di sebelah malam. Antara aktiviti lain yang ditawarkan seperti ;

Mendaki Bukit
Sewang
Menyumpit
Memancing
Jungle Trekking

Pos Kuala Mu Sungai Siput amat sesuai bagi individu yang menginginkan dan mencari tempat percutian yang tenang serta hampir dengan alam semula jadi.
Anda juga boleh melakukan aktiviti sendiri. Tetapi, jika anda datang bersama kumpulan yang ramai, cubalah aktiviti secara berpasukan juga ya!
Di sini menyediakan beberapa chalet sebagai tempat penginapan. Terdapat juga tapak perkhemahan yang terletak berhampiran tepi sungai. Dalam keadaan biasa,
air sungai di sini sangat jernih dan sesuai untuk aktiviti mandi – manda.
Kejernihan dan kesejukan air sungai di sini pasti membuatkan anda teruja dan menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Jangan risau, kedai runcit pun ada, Lebih mudah jika anda membawa sendiri makanan dan minuman sebagai bekalan percutian.

Sungguh indah ciptaan tuhan!Tidak dapat digambarkan. Dengan struktur batuan, kesegaran serta kejernihan air terjun di Pos Kuala Mu Sungai Siput nyata mempesonakan!
Deruan bunyian air terjun seolah-olah memanggil-manggil pengunjung untuk berendam lama dan menikmati kesejukan air yang turun laju dari pergunungan. Sungguh asli!

show more

Share/Embed