Jigging Takat Gaint Trevally | Celebrate Birthday
TV MacaM-MacaM Hobi TV MacaM-MacaM Hobi
204 subscribers
137 views
13

 Published On Aug 27, 2020

Trip Jigging kali ini kami sasarkan di Takat Dolpin Bank. Alhamdullilah, seawal jam 4.30 pagi kami bertolak dari Pasar Ikan Kota-Kinabalu dengan keadaan cuaca yang sangat baik. Semasa sampai di takat yang diinginkan kami terus melabuhkan jig pilihan masing-masing. Keadaan arus air agak perlahan, namun begitu kami masih peroleh Strike ikan yang menjadi target.
Di pendekkan cerita, semasa kami balik dari laut keadaan cuaca tiba-tiba menjadi berubah, hujan dan ribut kelihatan di sebelah darat menuju ke arah kami, hampir 1jam lebih kami bertarung nyawa mujurlah tekong yang mengemudi bot bukannya biasa-biasa. Kami yakin dengan tekong Abg Ady Musdi atas pengalaman yang dia ada. Syukur kami selamat pergi dan kembali ke darat.
Pengajaran yang boleh di ambil kira di sini, sentiasa kita amalkan keselamatan semasa di laut gunakan lah jaket keselamatan biarlah set pancing beribu lemas di laut jangan kita yang tergadai nyawa.

Perkongsian untuk kita semua.
Sekian, Terima Kasih

show more

Share/Embed