5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
67,306 views
0

 Published On Apr 1, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Hippoty Hoppity Voosh
Voooooosh! Bing dan Sula sedang terbangkan Hoppity dan Pari-Pari Hippo. Mereka terbangkan naik, naik, naik – tinggi lagi dan tinggi lagi! Apakah yang akan terjadi apabila Pari-Pari Hippo terbang terlalu tinggi sehingga tidak dapat turun?

06:23 Sorok- Sorok
Bing sedang bermain sorok-sorok di tempat jagaan bersama Sula, Pando dan Coco. Semua kanak-kanak berhenti bermain untuk menaiki kereta api tandas, tetapi Bing memutuskan untuk menahannya, dengan harapan dapat memenangi permainan tersebut. Permainan dimulakan semula dan semua bersembunyi tetapi adakah Bing dapat menahan dari membuang air atau dia akan menghentikan permainan untuk kereta api tandas…

12:56 Smoothie
Masa untuk snek! Tetapi satu-satunya pisang yang tinggal terlalu lembik untuk dimakan. Flop cadang supaya pisang tersebut dibuat smoothie. Tetapi apabila karot Bing secara tidak sengaja termasuk ke dalam pengisar juga, jadilah ia smoothie karot! Adakah Bing akan menyukai smoothie karot-nya?

19:29 Hilang
Bing dan Hoppity Voosh sedang bergembira di taman sehingga Bing tidak perasan ada najis anjing yang besar dan busuk lalu melangkah tepat ke dalamnya! Flop membantu Bing ke rumah Amma untuk membersihkan diri, apabila Bing tiba-tiba sedar yang dia tertinggal Hoppity di belakang. Adakah Bing dapat foookus dan ingat di mana Hoppity?

26:02 Mesin Kejutan
Bing dan Sula sedang berada di kedai Padget harini apabila mereka ternampak mesin kejutan yang baru. Flop bersetuju untuk beri Bing dan Sula cuba mesin kejutan yang baru itu. Sula mahu patung badak berwarna perak dan Bing pula mahu yang berwarna jingga. Adakah mereka akan dapat mainan yang mereka inginkan?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed