Hari Ini Aku Jatuh Cinta Surah al-Naml
Tadabbur Centre Tadabbur Centre
33.4K subscribers
5,971 views
0

 Published On Jul 27, 2017

HARI INI AKU JATUH CINTA DENGAN SURAH SEMUT

1. Apakah tema surah ke 27 dalam mushaf ini ? Bagaimanakah ayat pertama dan keduanya menegaskan mesej terpenting surah ini ?

2. Bagaimanakah nama surah ini sahaja menggambarkan mesej terpenting surah ini ?

3. Apa hikmah surah ini menyebut 6 kali kalimah “muslimin” dan 3 kali kalimah “alhamdulillah” ?

4. Apa hikmah surah ini menyebut sebanyak 5 kali أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ

5. Apakah hubungan antara kisah Nabi Musa, Nabi Sulaiman, Nabi Soleh dan Nabi Luth disusun Allah dalam surah ini tidak mengikut kronologi perjalanan sejarah itu sendiri ?

6. Apakah kaitan kisah-kisah ini dengan nama Allah “al-Hakeem” dan “al-Aleem” sebagaimana diumumkan pada ayat 6 ?

7. Mengapa babak konspirasi 9 orang pengganas Thamud dirakamkan dalam surah ini dan tidak dalam surah yang lain yang juga merakamkan dengan kerap babak Nabi Soleh dan kaum Thamud ?

8. Mengapa surah ini tidak memaparkan kaum Aad sedangkan kebiasaannya kaum Aad dan Thamud akan digandingkan bersama ?

9. Apakah hikmah kalimah فهم يوزعون pada ayat 17 (Nabi Sulaiman mengumpulkan tenteranya) dan kalimah yang sama berulang pada ayat 83 (realiti padang Mahsyar)

10. Apakah ilmu membangunkan pasukan dan menguruskan organisasi dengan semangat al-Quran dari kisah Nabi Sulaiman dalam surah ini ?

Bersama saya menjawab persoalan di atas - melainkan soalan 10 - dalam video berdurasi 50 minit ini membongkar keindahan surah yang mempunyai 93 ayat ini secara holistik dari awal hingga akhir.

Saya hadiahkan video Kompas Surah Al-Naml ini kepada anda.

Sudi-sudikan mendengar dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Syaari Ab Rahman
Tadabbur Centre

show more

Share/Embed