Roti Jala Lembut Sampai Ke Petang Resepi Simple & Sedap | Sukatan Cawan | roti kirai |malina lina pg
Malina Lina Pg Malina Lina Pg
228K subscribers
963,123 views
5.2K

 Published On Jun 29, 2018

#rotijala #rotikirai #rotijalalembut #netpancake

Roti Jala merupakan salah satu menu yang selalu disajikan semasa hari raya atau Open House.Jom ikut cara LiNa Pg sediakan Roti Jala yang sangat mudah, sedap, menjimatkan kos dan paling best Roti Jala ni kekal lembut hingga petang.

RESEPI ROTI JALA SEDAP KEKAL LEMBUT
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur gred A
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Cara-Cara
Satukan semua bahan, blend dan tapiskan

Bahan lain :
sedikit mentega/minyak untuk di griskan pada kuali
sehelai daun pandan untuk menyapu mentega LiNa Pg sapu guna tisu dapur jer (sebagai ganti kepada berus)

Cara penyediaan :
Griskan sedikit mentega pada kuali leper. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana.
Isikan adunan roti jala ke dalam acuan kemudian bolehlah menjala mengikut kreativiti masing2.
Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat atau boleh jugak digulung bentuk kuih dadar.
Ulangi proses ini sehingga habis.

**tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.


Resepi Roti Jala Sedap
Roti Jala Lembut
Resepi Roti Jala
Roti Kirai
Net Pancake
Cara Buat Roti Jala
resepi roti jala sedap mudah dan lembut sampai ke petang
roti kirai resepi sukatan cawan

Please Subscribe My YouTube Channel
   / @malinalinapg  

Full Recipe visit my blog
https://linapg.blogspot.my/

Follow My IG
  / malina_lina_pg  

FB Pages
  / teratakmutiarakasih  

For business inquiry/Advertorial/Sponsorship/Event contact us via email
[email protected]

show more

Share/Embed