BORIA - Lagu Kisah Retro dari Kumpulan BORIA OMARA Pulau Pinang Malaysia
omar hashim omara omar hashim omara
12.3K subscribers
77,077 views
528

 Published On Premiered Jul 24, 2020

LAGU Persembahan Kumpulan Boria Omara di Sik Kedah. Tajuk - Kisah Retro.
Hubungi Omar Hashim Omara untuk sebarang undangan / persembahan di talian 013 4220091 / 017 4430091

1.
Salam hormat, salam sejahtera
Warisan boria, meriahkan acara
Eh wah eh wah, bergema suara
Boria Omara , bersama gembira

2.
Kenangan retro, kini bergema
Lagu nostalgia, pelbagai irama
Ada yang baru, juga yang lama
Tua muda, turut bersama

3.
Bermula dengan, zaman 50han
Lagunya sedap, bolehlah tahan
Ada rancak, ada perlahan
Susunan irama, penuh keindahan

4.
Tahun 60an, mengambil tempat
Pop yeh yeh, rancak dan cepat
Zaman ago go, menari rapat
Pakat twist, kaki berlipat

5.
Tahun 70an, zaman berubah
Pelbagai lagu, dicipta ditambah
Di siaran radio, pilihan juruhebah
Sana sini, kaset bercambah

6.
Irama retro, pulak dok mai
Menjadi lagu, kegemaran ramai
Hati terasa, tenang dan damai
Ingat kembali, suasana permai

7.
Hail Amir Uji Rashid, Ramlah Ram
Ramai lagi ada, meneru meneram
Peminat ramai, hilangkan geram
Irama retro, berderum berderam

8.
Ramai yang tua, muda kembali
Seluar ballbottom, ditempah dibeli
Sideburn di pipi, tak rasa geli
Dengarkan lagu, seronok sekali

9.
Kedai kasset, ramai pi terpa
Cari lagu retro, sampai jumpa
Siaran di radio, tak pernah lupa
Penuh nostalgia, kenangan depa

10.
Warisan Kita, seninya indah
Persembahan boria, berakhir sudah
Salah silap, ampun di tadah
Boria omara, tamat bermadah

show more

Share/Embed