349 aduan penipuan umrah, kerugian RM14.09 juta - Motac
KiniTV KiniTV
2.25M subscribers
1,254 views
0

 Published On Premiered Jul 9, 2024

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) merekodkan 349 kes penipuan umrah oleh agensi perkhidmatan dengan jumlah kerugian sebanyak RM14.09 juta.

Khairul Firdaus Akhbar Khan (GPS- Batu Sapi) yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata angka itu dari tahun 2023 sehingga Mei 2024.

Katanya Motac telah mengarahkan pengadu untuk membuat tuntutan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi tebus rugi dan membuat laporan polis untuk kes penipuan.

show more

Share/Embed