Kuah Kacang Satay - Teknik Rahsia!
Nasser's Kitchen Nasser's Kitchen
68.5K subscribers
94,867 views
0

 Published On Premiered Jul 7, 2021

Resepi kuah kacang satay yang sesuai digunakan dengan pelbagai masakan lain seperti ketupat.


* SUBSCRIBE:
https://bit.ly/2s0yv1o








Selamat datang ke Nasser's Kitchen di Getaran. Dalam episode kali ini, saya akan kongsikan resepi untuk sos atau kuah kacang. Satu sos kegemaran ramai yang selalunya dipadankan dengan satay, ketupat atau nasi himpit dan lontong. Tanpa berlengah lagi.

Jom kita ke dapur!

Bahan utama yang kita perlukan ialah 250g kacang goreng kisar. Jika dahulu, kita perlu goreng dan kisar sendiri kacang, kini boleh dibeli dimana-mana kedai runcit atau pasaraya.
60g atau 3 sudu besar cili kisar. 4 batang serai, 2.5cm hali, 2.5cm lengkuas,20g atau 3 ulas bawang putih dan 60g atau 8 biji bawang merah kecil.

Serai perlu dititik. Manakala, bahan-bahan lain, lengkuas, halia, bawang putih dan bawang merah kecil perlu dikisar dengan 100ml air.

Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar tadi. Pastikan tidak ada yang tertinggal. Kemudian tambah serai.

Bila bawang mula kelihatan kekuningan seperti ini, tambah cili kisar.

Gaulkan Rata. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga campuran menjadi pekat. Ini akan mengambil masa 8-10 minit.

Bila sudah kelihatan pekat, tambah 500ml atau 2 cawan air lagi. Masukkan kacang goreng kisar.

Bila kuah menjadi pekat semula selepas kacang menyerap air, tambah 250ml atau 1 cawan air lagi. Masukkan 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
. 4 sudu besar gula. Sukatan gula boleh diubah mengikut citarasa anda untuk kurang atau tambah. Renihkan dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Ini akan mengambil masa 15-20 minit.

Bila sudah pecah minyak, tambah 1 sudu kecil pes asam Jawa. Renihkan 10 minit lagi dan tambah 1 sudu kecil gula melaka.

Kacau! Jangan Tak Kacau!

Jika mahu boleh tambah 1/2 sudu kecil serbuk perasa. Sos atau kuah kacang sudah siap, tetapi untuk kuah yang lebih sedap, ambil 300ml kuah dan kisar dalam blender. Ini hasil selepas kita kisar, rupanya seakan peanut butter.

Masukkan kembali, sos yang telah dikisar tadi.Gaulkan supaya rata. Tambah 100ml air untuk mencairkan sedikit kuah kacang supaya dapat timbul dengan lebih mudah. Kacau dah renihkan sehingga minyak timbul ke atas seperti ini.

Kuah kacang kini siap untuk dihidangkan. Sehingga kita bertemu lagi diepisode akan datang. Selamat mencuba!

show more

Share/Embed