Luca Sickta - Solo Trip (Official Lyric Video)
Luca Sickta Luca Sickta
5.84K subscribers
12,168 views
390

 Published On Premiered Oct 6, 2023

“Solo Trip”
Artist : Luca Sickta
Composer : Luca Sickta, Roshan Jamrock
Lyrics : Luca Sickta
Music Arranger : Roshan Jamrock, Luca Sickta
Backup Vocals : Bella Iris
Mixing & Master : Jeson Huang
Co-Producer : Roshan Jamrock
Produced by Luca Sickta for DefJam Malaysia

(Chorus)
Aku mahu solo trip,
Tiada siapa ganggu,

Aku mahu solo trip,
Hanya aku, aku,

Aku mahu solo trip,
Hanya seketika,
Mahu peluang cari ruang, lain udara,

Aku mahu solo trip,
Tiada siapa ganggu,


(Verse1)
Ingat dulu,
Dulu nak berjaya,
Sekarang semuanya,
sibuk berkerjaya,
Semuanya yang dibuat,
nak cepat kaya,
Tapi usaha tak seiring niatnya..
Kenapa?
Bosan dengan dunia penuh patung tanpa isi,
Bosan dengan dunia tipu kosong tanpa visi,
Bosan dengan dunia maya tunjuk sana sini,
Bosan baca negativiti yang tiada solusi,
No way,
Kisah tak kisah kita “no say”
Teruskan hidup macam “okay”,
Biarkan segalanya boleh,
Yang lepas tak perlu nak toleh,
Harapkan masa boleh pulih,
Segala duka dan lara,
Bertukar menjadi suka gelak tawa,
Hati jiwa okay,
Aku tak nak yang pelik pelik
Nak yang mudah jalan pergi dan balik
Hidup hanya sekali jangan serik
2 x 5 ulang dan alik,


(Chorus)


(Verse2)
Cuba cari damai
Dapat damai hilang teman,
Pelik tapi benar
Hati sukar nak dikesan,
Banyak kawan,
Sampai masa kawan jadi lawan,
Namun apa nak dikisah,
dulu mama pun dah pesan,
Makin tinggi kamu daki makin rasa sunyi,
Makin sunyi kamu rasa makin banyak bunyi,
Saki baki hidup kamu usah rasa rugi,
Rezeki yang dah ditulis, walau nasib jadi kuli,
Peduli segala mata yang memerhati
Peduli segala mulut yang menghakimi
Peduli segala jari yang buta hati
Lepaskan segalanya biarkan ia pergi
Peduli segala mata yang memerhati
Peduli segala mulut yang menghakimi
Peduli segala jari takya “flip”,
Take a sip, bertenang dan..


(Chorus)

(End)

#LucaSickta #SoloTrip

show more

Share/Embed