MENYUSURI KAMPUS BAHARU UPSI DI TANJUNG MALIM | BEHRANG, PERAK
Asyraf Rohim Asyraf Rohim
703 subscribers
3,750 views
46

 Published On Jan 11, 2022

MENYUSURI KAMPUS BAHARU UPSI DI TANJUNG MALIM | BEHRANG, PERAK.

Menyusuri kampus baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Proton City, Tanjung Malim, Perak. Kedudukan kampus ini yang berlatar-belakangkan Banjaran Titiwangsa sangat menggamit perasaan sesiapa sahaja yang mengunjunginya, apatah lagi bagi para Graduan UPSI sendiri.

UPSI mempunyai 2 buah kampus iaitu kampus pertama yang terletak di Pekan Tanjung Malim yang dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), manakala kampus kedua UPSI terletak di Bandar Proton atau lebih dikenali sebagai Proton City. Kampus yang terletak di Bandar Proton tersebut dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah.

Di kampus kedua ini terdapat sebuah hotel kendalian UPSI yang di kenali sebagai Scholar's Suites dan juga Masjid Al-Mursyidin.

#upsi #banjaran #titiwangsa #banjarantitiwangsa #tanjungmalim #perak

show more

Share/Embed