ADA APA DENGAN JELLY BALL VIRAL INI
Lenny Nie Lenny Nie
13.3K subscribers
88 views
3

 Published On Jun 26, 2024

Ramai yang cari cara buat  Jelly Ball? Sejak kebelakangan ini, makanan viral yang paling diminati di media sosial adalah  jelly ball. Trend ini menjadi fenomena di kalangan anak kecil yang teruja dengan bentuk bulat dan berwarna-warni serta kandungan  buah-buahan dalam  jelly ball tersebut.

Jom ikuti kami kenali apa itu  Jelly Ball, cara buat Jelly Ball dan resepi Jelly Ball yang viral dan terbaru.

Jelly Ball adalah sejenis agar-agar mini yang diisi dengan cebisan buah-buahan seperti anggur, mangga, laici, nanas, dan pelbagai lagi buah-buahan lain. Ia dibentuk menjadi acuan bentuk bulat dan kelihatan seperti ‘bola’ yang berkilat.

Ia mula dipopularkan oleh rakyat Malaysia kerana baru sahaja viral dan mendapat perhatian ramai dengan bentuk bulat dan rasanya yang sedap.

Rasa dan Bentuk  Jelly Ball

Keistimewaan Jelly Ball terletak pada kombinasi rasa manis dari  agar-agar dan gula serta kesegaran  buah-buahan yang terperangkap di dalamnya. Bentuknya yang menarik dan warna-warninya membuatnya menjadi tontonan dan santapan yang menyenangkan.

Selain itu, ia adalah satu makanan hidangan manisan yang sesuai dimakan bagi semua peringkat umur. Dengan diperkenalkan pelbagai rasa dan  buah yang diisi dalam menjadikan  Jelly Ball ia memberi rasa kelainan berbanding memakan jelly yang biasa seperti kita ketahui.

Himpunan Resepi Jelly Ball Viral dan Jelly Ball Buah

Disebabkan kuasa viral yang kini menaikkan hidangan Jelly Ball, kami terpanggil untuk membuat perkongsian berkenaan cara buat Jelly Ball yang sangat mudah dan senang berdasarkan jenis resepi. Berikut adalah resepi cara buat  Jelly Ball viral dan mudah:

Berikut adalah resepi standard untuk membuat Jelly Ball yang viral:

Bahan-bahan:


1 pek serbuk  jelly

1 pek serbuk  agar-agar

Buah-buahan (mangga/naga/strawberi/kiwi)

6 sudu gula (boleh diubahsuai mengikut kemanisan)

Cara penyediaan:

Campur serbuk  agar-agar, serbuk jelly, dan gula dalam satu mangkuk.

Panaskan 1500ml air, masukkan campuran serbuk tadi, dan kacau hingga larut.

Biarkan adunan mendidih dan tutup api.

Potong  buah-buahan menjadi kecil.

Susun buah-buahan dalam acuan Jelly Ball.

Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk.

Keluarkan Jelly Ball dari acuan dan cucuk menggunakan lidi.

Sedia untuk dihidangkan.

#recipe #viral #jellyball #fyp #jelly #food #foodie #vlog #vlogs #kidsvideo #kids

show more

Share/Embed