Ini Komen Tengku Zafrul Selepas Melihat Fasiliti Pusat Latihan Selangor
AYZAT SPARKLERS AYZAT SPARKLERS
4.24K subscribers
4,237 views
61

 Published On Aug 26, 2021

Pada Ahad 22 Ogos 2021, mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah berkesempatan melakukan lawatan ke perkarangan Pusat Latihan pasukan Selangor untuk melihat fasiliti yang terdapat di situ. Dalam lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah berkenan mencemar duli untuk memberikan guided tour serta penerangan berkenaan kelengkapan baru yang telah disempurnakan seperti changing room, pusat fisioterapi serta gymnasium yang juga akan dibuka kepada orang awam.

Melihat kepada perubahan yang telah dilakukan kepada pasukan Selangor, Tengku Zafrul telah menyatakan kekaguman beliau terhadap visi dan misi yang telah dibawa oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah. Mantan Menteri Kewangan tersebut juga menyatakan keterujaan beliau bersama peminat The Red Giants untuk melihat pasukan kembali bertakhta di persada liga.

#RedGiants #MKLK #MerahKuning
✔️ Subscribe, Like & Comment

🔔 TEKAN BUTANG LOCENG UNTUK NOTIFIKASI 🔔

show more

Share/Embed