Apa yang buat Anthony Bourdain dan Gordan Ramsay pilih Aunty Aini's Garden Cafe?
Jalan Jalan Cari Mangan Jalan Jalan Cari Mangan
24.8K subscribers
386,371 views
0

 Published On Nov 17, 2022

Saya makan sungguh banyak kat Aunty Aini's Garden Cafe, hangpa tengok nanti... 🤭

Bila bertanya kepada rakan-rakan saya ke mana perlu pergi seterusnya untuk channel saya ini, salah seorang telah cerita pasai Aunty Aini’s Garden Cafe. Rupanya aunty kepada teman saya ni adalah Aunty Aini yang sendiri. Maka kami ambik keputusan untuk terus ke sana!

Saya amat berbesar hati kerana dijemput untuk bertemu sendiri dengan Aunty Aini. Apa yang best ialah kawan-kawan saya pi ajak kawan-kawan yang lain, jadi mereka yang order lauk yang saya tak pernah cuba sebelum ni. Satu lagi kelebihan apabila makan dalam kumpulan yang besar dan dapat berkongsi hidangan, kita juga boleh berkongsi bil yang menjadikannya lebih murah berbanding jika kita memesan 8 hidangan untuk dua orang saja.

Baiklah, sebenarnya banyak perkara yang ingin saya nak sampaikan di sini, tapi saya akan cuba untuk memastikannya ia short and sweet.

Saya mencuba itik salai masak lemak buat kali pertama, dan saya dengan senang hati sanggup untuk pergi ke sana lagi hanya untuk hidangan ini saja! Kuah dia sangat lazat, ia lebih pekat, lebih berkrim dan lebih sedap daripada masak lemak lain yang pernah saya cuba. Tahap rempah dan kepedasan adalah just about right, jadi saya tidak berpeluh terlalu banyak.

Ikan masak tempoyak pun sungguh sedap, dengan campuran durian yang sesuai tanpa membuatnya rasa terlalu kuat.

Salah satu hidangan yang saya pilih ialah sambal petai kupang. Ini adalah kali pertama saya mencuba gabungan ini. Saya memilih ini kerana, pertama, saya jarang melihat kupang atau petai, dan kedua, kerana kupang ni sangat berkhasiat. Kupang merupakan sumber protein yang bersih dan berkhasiat, serta merupakan sumber asid lemak omega-3, zink dan folat (vitamin B9) yang hebat, dan juga sumber selenium, iodin dan zat besi yang baik.

Kupang-kupangnya sangat segar, dan petainya segar dan rangup, dan secara keseluruhan ia tidak terlalu pedas seperti yang saya fikirkan.

Saya juga menikmati hidangan pucuk paku, satu lagi hidangan atau sayur yang tidak mudah didapati.

Dan akhirnya, satu lagi hidangan yang agak unik ialah masak lemak cendawan. Saya tidak pernah cuba cendawan jenis itu sebelum ini, dan ia benar-benar menarik ... Saya rasa saya perlu kembali lagi untuk memberi anda penerangan yang betul - haha

Saya harap anda dapat menikmati menonton video ini! Dan kepada yang sudah menontonnya sampai habis, terima kasih kerana sudi menonton.

Dan jika anda belum melanggan lagi, sila tekan butang “subscribe” dan tekan loceng supaya anda menjadi orang pertama yang mendapat update terkini :)

📍 Aunty Aini's Garden Cafe - https://goo.gl/maps/XpFFpJwUnBV9AtVS9

📱Follow me:
Instagram:   / rita.mangan  
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ritakalsom?_t...

I ate so much at Aunty Aini's Garden Cafe, you'll see... 🤭

I asked my friends where should go to next for my channel, and it turned out her friend's aunty is aunty Aini. And so it was decided that we were going here!

I was so honoured to be invited to meet Aunty Aini herself. What's great is that my friends invited their friends, who ordered dishes I had never tried before. And when you eat with a large group and share dishes, you also get to share the bill which makes it less expensive than if you ordered 8 dishes for two people.

Well, there's a lot to say here, so I will try to keep it short and sweet.

I had itik salai masak lemak for the first time ever, and I'd be happy to travel there again just to eat it! The kuah was so delicious, it was thicker, creamier and tastier than other masak lemak I had tried. The spice level was just about right, without sweating too much.

The tempoyak ikan was really tasty, just the right amount of durian without making it too overpowering.

One of the dishes I picked was sambal petai with muscles. It was the first time to try this combination. I picked this because, one, I don't often see muscles or petai very often, and two, because mussels are so nutritious. Mussels are a clean and nutritious source of protein, as well as being a great source of omega-3 fatty acids, zinc and folate (vitamin B9), and also a great source of selenium, iodine and iron.

The muscles were so fresh, and the petai was fresh and crunchy, and overall it wasn't as spicy as I thought it would be.

I loved the pucuk paku, another dish or vegetable that isn't easy to find.

And finally, another dish that was rather unique was the mushroom masak lemak. I had never treid that mushroom before, it was really interesting... I think I'll have to go back again to give you a proper description - haha

I hope you enjoy watching the video! And if you've already watched it, thanks for watching.

And if you haven't subscribed yet, then please do so that you will be the first to get updates :)

📍 Aunty Aini's Garden Cafe - https://goo.gl/maps/XpFFpJwUnBV9AtVS9

📱Follow me:
Instagram:   / rita.mangan  
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ritakalsom?_t...

show more

Share/Embed