HIDDEN WATERFALL & LATA PERANGIN HIKING BUKIT PERANGIN TANJUNG MALIM PERAK
Alan salleh outdoor Alan salleh outdoor
2.73K subscribers
934 views
0

 Published On May 25, 2024

Sejujurnya saya bukanlah orang yang tepat dan amator bercerita tentang hutan dan hiking. Apa saya kongsi disini atas pengalaman saya sendiri semasa hiking.

BUKIT PERANGIN LOOP DAN AIR TERJUN CANTIK

Lokasi pendakian kali ini ke bukit Perangin yang terletak di Ujana Mua'llim Tanjung Malim Perak, nama gelemor tempat ini proton city. masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke titik permulaan pendakian mengambil masa 1 jam 20 minit.

ketinggian Bukit Perangin 424m ada sedikit view boleh tengok bandar proton. trail pendakian sederhana sesuatu kepada pendaki berpengalaman dan pendaki baru (newbie). masa pendakian dari titik permulaan ke puncak hampir 2 jam, masa pendakian bergantung kepada kemampuan masing-masing.

untuk pendakian ini, pendakian LOOP pendakian satu pusingan dan panjang trail pendakian hampir 12 km.
sepanjang trail pendakian terdapat air terjun yang belum disentuh orang dan cantik. Air terjun pertama air terjun salak memang cantik airnya Kristal clear, sejuk dan segar.
trail ke air terjun salak melalui sungai, batu-batu disini berlumut dan licin. sepanjang berada di air terjun salak dapat dilihat tempat ini belum tercemar dan bersih.

dari air terjun salak ke bukit Perangin tidak jauh mana tapi trail pendakian memacak naik meroket perginya.
tiba di Bukit Perangin dapat tengok view proton city boleh tahan cantik, membiru langit dengan awan berkepul-kepul.

stopping point seterusnya lata Perangin, trail pendakian dari bukit Perangin ke lata Perangin terdapat waterfall (hidden gem) yang belum disentuh orang. trail pendakian agak extrem melalui sungai dan berbatu. penanda trail tiada sepanjang trail ke hidden gem, sediakan map sebelum ke sini. aku sendiri tak tahu apa nama waterfall disini tapi tempat memang cantik belum tercemar, air terjun kristal clear, bersih, sejuk, segar.

hampir sejam perjalanan Tiba di lata perangin stopping yang terakhir, boleh tahan cantik tempat bersih air memang jernih, sejuk sampai ke tulang. lata Perangin tak besar mana bolehlah muatkan 20 ke 30 orang dalam satu-satu masa. setiap minggu ramai datang kesini mandi-manda, lata Perangin ada 7 tingkat, tingkat 5 paling best.

dari lata Perangin ke parking area atau titik permulaan pendakian tak jauh sangat. perjalanan dalam 20 ke 30 minit dah boleh jumpa parking area melalui trail kebun sawit.

Dah tengok vlog dan baca blog saya jangan lupa subscribe, like , share.

apa yang saya ceritakan disini berdasarkan pengalaman saya. sejujurnya saya bukanlah orang yang tepat dan amator untuk bercerita tentang hutan dan hiking.

#hiking
#hikinglife
#hikingadventures
#hikingmalaysia
#hikingalone
#hikinglovers
#hikinggirl
#waterfall
#pendaki
#pendakigunung
#hikinggear
#gunung
#airterjun
#camping
#campinglife
#gunungkinabalu
#viewgunung
#gunungrinjani
#bukit
#bukitpelangi

show more

Share/Embed