KEADAAN ZALEHA HAMID TERKINI | 11 JANUARI 2022 | LAWATAN JINGGA 13 JOHOR BERSAMA YB HASSAN KARIM
Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang
2.31K subscribers
375,913 views
0

 Published On Jan 12, 2022

11/1/2022 : Team Jingga 13 Negeri Johor bersama-sama YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang serta Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang telah meluangkan masa bagi menziarahi seorang Seniwati Tanahair yang terkenal iaitu Seniwati Zaleha Hamid di Johor Bahru.

Zaleha Hamid atau nama sebenarnya Siti Zaleha binti Abdul Hamid, yang pada suatu ketika sangat terkenal bersama Orkes Zindegi sekitar tahun 70an dan beliau juga menerima gelaran Ratu Dangdut Malaysia dan Singapura pada tahun 80an. Selain itu beliau juga sangat berbakat dalam menyanyikan lagu-lagu Melayu Deli. Suaranya yang lunak dan merdu itu semestinya dirindui oleh para peminat nya dari seluruh negara.

Jingga 13 Negeri Johor bersama-sama YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, dan Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang mengunjungi terataknya di Johor Bahru bagi menyampaikan sedikit sumbangan buat beliau. Menurut suaminya, Encik Ungku Sulaiman, seniwati itu menghidapi stroke bermula pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, Seniwati itu sangat gembira apabila melihat kehadiran kami.

Sumbangan berupa barangan dapur, pampers serta sedikit wang tunai daripada YB Hassan Karim, dan Jingga 13 Negeri Johor turut disampaikan bagi meringankan sedikit beban mereka. Kami dari seluruh team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang dan Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Negeri Johor juga mendoakan agar Seniwati Zaleha Hamid diberi kesembuhan dan kesejahteraan serta diberi kekuatan dalam mengharungi ujian Allah SWT.

📲FOLLOW TELEGRAM BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG
👇👇👇
https://t.me/birokebajikanparlimenpas...

📲SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG
👇👇👇
   / @birokebajikanparlimenpasir5954  

#YBHassanKarim
#AhliParlimenPasirGudang
#BiroKebajikanParlimenPasirGudang
#DemiRakyatPasirGudang
#YBPrihatin
#ZiarahSeniwatiZalehaHamid
#LikedanShare

show more

Share/Embed