HANYA SATU PERSINGGAHAN - Iklim | KARAOKE Nada Pria C=DO
Studio Record Studio Record
2.32M subscribers
3,084,477 views
0

 Published On Jan 20, 2022

Karaoke Terbaru Slowrock
Hanya Satu Persinggahan - Saleem Iklim
Songwritter : Chen Wan Zulkifli Chen Wan Abdul Ghani &
Syed Mohd Aamin Syed Hashim

Lirik Hanya Satu Persinggahan :

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahya menyinariku
Di sini aku tiada terdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh siksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan
Hanyalah satu persinggahan

#Karaoke #HanyaSatuPersinggahan #SalemIklim #studioRecord

show more

Share/Embed