ISU PALESTIN TARIK WARGA JERMAN PELUK ISLAM
PERKIM Kebangsaan TV PERKIM Kebangsaan TV
8.27K subscribers
2,498 views
0

 Published On Jan 19, 2024

Saya memeluk Islam kerana Allah dan ingin membantu dengan kerelaan hati yang ikhlas rakyat Palestin, Gaza dan Tebing Barat,” kata Assad, seorang warganegara Jerman.

Assad Berliner atau nama asalnya Andre Pierre Berlinar, 64, hadir ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah kerana telah mendapat hidayah untuk melafazkan dua kalimah syahadah.

Beliau hadir pada pagi Khamis bersama dua orang sahabat karibnya iaitu Dr Osama Odeh yang merupakan pengurus syarikat minyak zaitun berasal dari Palestin dan usahawan warganegara Jerman, Zakaria Abdullah.
Assad berkata, selama 60 tahun saya telah hidup dikelilingi dengan suasana Islam dan pada hari ini Islam menjadi agama pilihannya dengan menyakini Allah, Tuhan Yang Esa.

Assad kemudiannya mengikrarkan Rukun Islam yang pertama di hadapan Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dalam Bahasa Arab disusuli terjemahan di dalam Bahasa Inggeris.

show more

Share/Embed