Rangkuman video Sempena Majlis Pelancaran Projek Asnafpreneur Bank Rakyat 2.0 Di UMSKAL Labuan 2024
STMK UMSKAL STMK UMSKAL
60 subscribers
29 views
1

 Published On Jun 30, 2024

PZ-MAIWP, BANK RAKYAT KONGSI DANA WAKALAH RM250,000 BANTU 50 USAHAWAN ASNAF
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bank Rakyat dan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melancarkan Projek Asnafpreneur Bank Rakyat 2.0.
Penganjuran projek 2.0 adalah lanjutan daripada inisiatif tiga institusi ini dalam membantu usahawan asnaf berpotensi di Labuan, bagi memantapkan kemahiran keusahawanan, dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada mereka.
Seramai 50 peserta terpilih bakal menerima suntikan dana sebanyak RM5,000 seorang menerusi dana wakalah Bank Rakyat dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM250,000.
Selain itu, usahawan juga akan dibimbing menerusi sistem coaching dan monitoring oleh UMSKAL secara berkala dalam tempoh enam bulan bagi mengukuhkan kebolehan berniaga peserta.
Ketua Wilayah Sabah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Md. Azmi Mohd Taib berkata, projek Asnafpreneur ini mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam membantu membina masyarakat yang progresif melalui inisiatif pembangunan pemerkasaan usahawan, meningkatkan status komuniti asnaf demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi masyarakat Madani.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ MAIWP. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, Mohd Radzaleih Matusin.

show more

Share/Embed